Tuesday, December 20, 2011

Kenapa berpurdah?~~~2

Analogi utk kanak2...
bg contoh ABC biasa (tiada aiskrim) dan ABC Special (ada topup aiskrim)..
adik2, minat yg mana??






mesti dijawab, yg ada aiskrim..

Cakap kat dia, Allah tetapkan setiap wanita yg ingin selamat dari sebarang gangguan jahat hendaklah menutup aurat dgn sempurna...
ITU MESTI DIPATUHI, jika tidak, tiada peluanglah dapat ABC, walaupun yg biasa sahaja..

Dalam ms yg sama, Allah tawarkan bonus utk sesiapa yg menutup aurat dgn sempurna, ditambah pulak tutup muka..bonusnya ABC dengan aiskrim...

Bg yg tutup aurat sempurna mcm kakak2 yg tidak pakai purdah, dan menjaga segala tingkah laku, pasti akan dapat ABC (iaitu di syurga kelak)..

Bg yg tutup aurat sempurna, tmbh plak tutup muka ni, Insya Allah, nampak pelik di mata org ramai, tapi Allah janjikan ABC special utknya (di syurga kelak)...

Tapi yg penting, adik2 semua mesti skurang2nya dapatkan dulu ABC biasa tu, maknanya kena tutup aurat dgn sempurna dulu, jaga tingkah laku dan akhlak..
Lepas dah sempurna yg tu, baru usahakan utk dptkan yg special pula.. =)

Wallahu'alam..

Wednesday, December 14, 2011

Kenapa berpurdah?

Kadang-kadang ada insan-insan yang bukan Islam aneh melihat wanita berpurdah...Mana tak nya...mesti aneh..kenapa tak semua orang Islam berpurdah...jangankan orang yang bukan Islam..kadang-kadang yang sememangnya muslim pun rasa aneh....

Buntu bile ada sahabat yang non-muslim bertanya..kenapa berpurdah? Dan ad juga adik-adik yang bertanya.. Kenapa kakak tutup muka? Soalan-soalan begitu perlukan daya kreativiti.. Yela.. Mereka tidak faham dan memang tak sesuai nak berbicara tentang hukum dengan mereka kan...kena fahamkan mereka dulu...apa bezanya wanita berpurdah dengan yang tidak berpurdah...Ana tak cukup kreatif.. Maka minta pandangan seorang ustaz...

Jawapan ustaz berkenaan:

Beliau memberikan analogi kepada ana.

Ust gunakan analogi "nasi goreng"..

Nasi goreng ini satu menu makanan yg memang dah lengkap, dan cukup rasa, kalau tidak, pasti tidak dipanggil "nasi goreng".

Tapi, walaupun "Nasi Goreng" telah lengkap dan cukup rasa, ada menu lain yg lebih menaikkan selera dgn beberapa tambahan, dinamakan "Nasi Goreng Special".

Terpulang kpd kita (org yg nak makan), sama ada ingin Nasi Goreng Biasa atau Nasi Goreng Special.

Yg Pasti, menu asal masih tidak lari iaitu Nasi Goreng !!

Apa kaitan dgn purdah ????!!

Kaitannya; dalam Islam, meletakkan satu hukum yg MESTI dilaksanakan, kalau tidak laksanakan, maka tidak sempurna keISLAMan seseorg.

Syarat yg MESTI itu adalah menutup aurat dgn sempurna (memenuhi segala tuntutan sebenar syarak' iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan).

SEMUA MESTI PATUH HAL INI!!!
.
sbgaimana seseorg ingin memakan menu Nasi Goreng tadi, MESTI menerima segala "isi kandungan asas" baginya, tidak boleh meminta pengecualian, seperti nak nasi goreng, tapi jangan masukkan nasi, xke pelik bunyinya??!!


Manakala purdah pula adalah satu hukum tambah baik (dan ianya diberi pilihan sama ada ingin memakai atau tidak), sesiapa yg mampu, maka pakailah, siapa yg tidak, sekurang2nya mesti lengkap menutup aurat..begitulah halnya Purdah ini disamakan dengan Nasi Goreng Special, yg mana mungkin tambahannya seperti telur mata, atau udang, atau apa sahaja yg pasti menambah selera lagi...

Justeru, terpulanglah kpd kita utk memilih samada ingin Nasi Goreng SPecial atau Nasi Goreng Biasa??!!
Jenis Nasi, masih sama iaitu digoreng, tetapi tambahan penyedap rasa, jauh lebih kpd Special!!


Analogi lain, boleh dikaitkan dengan kereta Myvi (sbg contoh),
seseorg menginginkan kereta Myvi, perlu menerima bahawa setiap kereta Myvi berbentuk sama sahaja..cuma ada 2 jenis kereta Myvi..

1) jenis biasa, yg tiada accessories..
2) jenis SE, yg ada accessories dan sistem security yg lebih canggih..

Jika ditaqdirkan ada org ingin menghadiahkan kita, sebuah kereta Myvi, yg mana menjadi pilihan kita?

Sudah pasti inginkan yg Myvi SE, tampak lebih menawan dan sistem yg lebih canggih..

Bgitulah juga seorg wanita Muslimah, dia diberikan pilihan utk menambah "accessories (purdah)", terpulang pada mereka utk memilih, kerana tiada paksaan, skdr galakan (kpd sistem keselamatan yg lebih canggih)..

Kreatif bukan..??



Jawapan untuk adik-adik, lain pula analogi yang beliau cadangkan...InsyaAllah..dalam entry sterusnya..=)


Wallahu'alam.

Tuesday, December 13, 2011

Bolehkah pasangan yang betunang keluar bersama?

Soalan:

Bolehkah kalau lelaki dan perempuan yang sudah bertunang keluar bersma dgn tujuan membeli barang perkahwinan mereka...bagi pihak perempuan, ahli keluarganya tidak dapat menemani mereka kerana beberapa kekangan yang tak boleh dielakkan... 

lalu si permpuan tersebut mengajak dua orang sahabat nya yang dipercayai dan amanah menemani mereka...boleh ke..?atau pun hukumnya tetap haram..??

Jawapan:

Hukum asal lelaki dan perempuan adalah haram kecuali ada ikatan pernikahan..
namun, jika berkeperluan juga (atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan) Islam gariskan panduan..
antaranya:

1) Tidak berkhalwat (untuk dikira terlepas dari berkhalwat bilangan perempuan MESTI melebihi lelaki)..

2) Tunduk pandangan (jaga pandangan)..

Walaupun ini garis panduan, tetapi YG PALING SELAMAT adalah jauhi dari perjumpaan, tambah2 yg ada ikatan pertunangan kerana ikatan itu lebih sensitif dan kuat tarikannya..
Namun, jika itu sahaja jalan utk membeli kelengkapan perkahwinan, xpelah terpaksa berjumpa, namun JAGA FITNAH!! dan jgn sekali2 ditinggal berdua2an..

dan setelah "perjumpaan" itu..
sebaik2nya bertaubat dan beristighfar, takut2 dikira (atau ada) dosa sepanjng membeli belah itu..
moga2 hubungan perkahwinan terbina tidak tergugat akibat dosa sebelum perkahwinan..

Wallahu'alam.



Tuesday, October 18, 2011

Luahan Hati

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم






assalamualaikum w.b.t...



Sudah agak lama masa berlalu ana tak update blog ni. Bukan la sibuk. Hanya buat-buat sibuk. Lagi pun, sejak cuti panjang, otak rasa macam beku jea. Tak de idea. 'Hot-topic' sal diri ana sekarang, pasal purdah. Sejak 15/06/2011 ana berpurdah, dan sekarang baru je lebih kurang 4 bulan ana berpurdah. Macam-macam ujiannya. Kadang-kadang ana sendiri tidak kuat menghadapinya. Untung ada keluarga, sahabat, teman dan juga ustaz yang menyokong. Bila ada yang tidak menyokong, ana akan terus ingat kata-kata orang2 yang menyokong tindakan ana ni. 


Sejak kebelakangan ni, ad yang menganggu fikiran ana. Ana betul2 tak suka. Tapi mungkin itu ujian dariNya untuk ana. Adakalanya, bagi lelaki, mereka mungkin hanya memandang pelik pada ana. Tapi bagi yang perempuan, ada yang berpegang aurat wanita seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Ya! ana tak kisah dengan pegangan mereka. Tapi, Plissss.....jangan katakan sesuatu yang menganggu hati dan fikiran ana. Tolong la hormat juga dengan pegangan ana.


Ana tahu, ana bukanlah sempurna seperti mana yang kalian semua nampak dari luaran. Adakalanya percakapan ana agak kasar. Yalah, sudah berapa lama ana terbiasa dengan percakapan seperti itu. Agak sukar untuk mengubah. Tapi, ana juga sedang mencuba sekarang. Cuba untuk berubah. Bagila ana masa. Jangan sewenang-wenangnya memerangi ana. Husnuzhon la..


Kadang2 apa yang orang sekeliling ana katakan menyebabkan ana rasa tak layak untuk berpurdah. Ilmu tak banyak. Banyak benda yang ana tak tahu. Tapi, ana juga sedang belajar. Salahkah ana lakukan 2 benda dalam 1 masa???Kalau ana tinggalkan purdah sekarang, dan nak cari ilmu sampai sempurna dahulu. Bilakah kita nak jadi sempurna...?


Ana tahu, orang disekeliling ana sangkakan ana tahu banyak benda. Ana adalah yang terbaik dalam kalangan sahabat-sahabat. Tapi hakikatnya, ana bukanlah begitu. Salahkah ana pilih untuk berpurdah??


Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan pada hambaMu untuk menepis setiap tohmahan dunia. 

Wednesday, July 20, 2011

sedarlah wahai hamba Allah yang hina!

Ya Allah..betapa jauh diri ini meninggalkan Mu..

Begitu sombong dan angkuhnya diri ini…

Telah Engkau kurniakan hamba nikmat hidayah Mu itu…

Cuma hamba yang tidak pernah mensyukurinya…

Betapa orang lain sibuk mengejar Mu dan cintaMu..

Aku pula sibuk melayani nafsu dan meninggalkan syariatMu..

Entah keberapa kalinya diri ini tergelincir dari jalanMu Ya Allah..

Tapi, tiap kali itu aku terasa Engkau sentiasa menyelamatkan ku dari terus 
hanyut melayan nafsu dan tersesat dalam rimba duniawi..

Ya Allah, janganlah Engkau ambil nyawaku tatkala aku tergelincir dari jalanMu..

Izinkan aku menyentuh cintaMu…

Aku hanya hamba yang hina yang amat memerlukan cinta dan kasih sayangMu…

Kuatkanlah hati ku…Tetapkanlah daku pada jalanMu…

Izinkanlah aku terus menggengam hidayah Mu ini…

Jadikanlah aku hamba yang bersyukur dengan nikmat dan kurniaanMu…

Kuatkanlah hatiku untuk melawan nafsu dan syaitan durjana…

Kuatkanlah semangatku untuk terus bermujahadah…

Aku ingin bahagia di dunia dan di akhirat sana…Ya Allah..

Ya Allah, ampunilah diriku ini…

Sungguh diri ini tidak mengerti..

Apa yang sedang aku alami…

Kegelisahan sentiasa merajai hati..

Rasa berdosa memburu diri…

Aku hanya insan yang hina pada pandangan duniawi…

Tapi, aku tidak mahu dipandang hina oleh Allah yang aku cintai…

Adakalanya diri ini hanyut dibawa nafsu sendiri…

Mengikut apa sahaja yang disukai…

Menjadi hamba nafsu yang merajai diri…

Adakalanya juga aku seakan membenci diri..

Apatah lagi apabila mengingat dosa-dosa yang pernah aku lakukan dengan 
sedar atau tanpa aku sedari..

Hinanya diri ini…

Mengimpikan nikmat syurga milik Ilahi..

Sedangkan nikmat syurga itu tidak layak untuk aku miliki…

Friday, July 8, 2011

Belum sampai seru??

Setiap perubahan itu memerlukan pengorbanan. Apatah lagi kalau berubah kearah kebaikan. Yela, zaman sekarang nih kalau kita buat benda baik nampak pelik dipandangan mata masyarakat. Tapi kalau buat benda tak baik xpe, normal je pada pandangan manusia. Kalau insan2 yang cuba mengikut syariat Islam, macam2 tentangan yang dia dapat dan bila orang yang mengikut trend terkini, ikut barat, orang siap sanjung2 lagi. Kenapa?? Sebab kita terlalu mengagung2kan barat. Mengangkat gaya hidup orang kafir. Dan apa2 yang mengikut syariat Islam, dikatakan ketinggalan zaman, kuno. Seolah-olah Islam itu tidak sesuai mengikut zaman. Hanya sesuai pada zaman-zaman dahulu sahaja. Benarkah begitu??

Sebenarnya, bukan islam itu yang kuno dan tak mengikut zaman. Tapi kita yang terlalu obses mengikut cara dan gaya barat. Kita suka dengan selendang yang nipis dan singkat, tudung yang pendek dan mendedahkan dada, baju dan seluar yang ketat yang menampakkan bentuk tubuh. Apa yang kita nak banggakan sangat dengan tubuh badan yang kita. Sedarlah, segala yang kita ada itu hanyalah pinjaman dari yang Esa.

Trend pemakaian seperti itulah yang biasa dan normal pada pandangan manusia sekarang. Tapi bila ada yang pakai jubah dan bertudung labuh, dikatakan kuno dan dipandang pelik. Apatah lagi kalau orang yang berpurdah, dikatakan pula melebih-lebih. Melebih-lebih menutup aurat, di kutuk dan dikeji. Tapi, orang yang melebih-lebih membuka aurat, disanjung-sanjung sebab pandai mengikut fesyen terkini. Alangkah anehnya manusia zaman ini. 

Pernah juga ana melihat, manusia-manusia yang didedahkan pentingnya menutup aurat dengan sempurna. Tapi, dikatakan pula tak bersedia. Manakala bagi yang belum didedahkan dengan pentingnya menutup aurat dengan detail dan dari orang yang lebih berilmu, mereka katakan pula belum sampai seru. Ana tak paham! Ana tak paham! Kalau dah macam tu, sampai bila pun tak leh nak berubah. Macam-macam alasan yang diberi. Memang perubahan itu perlukan pengorbanan. Tapi tak bermakna kita perlu lari dari menghadapi nya. Takut perlu berkorban.

Tuesday, July 5, 2011

Maafkan aku wahai sahabat.

Sahabat..


Maaf seandainya aku tidak lagi mampu melayanmu seperti dahulu..
Maaf seandainya aku tidak lagi mampu bergelak ketawa bersama mu...
Maaf seandainya diri ini tidak lagi mampu mendengar butir bicara mu..
Maaf seandainya aku tidak lagi mampu mendengar luahan hati mu...
Maafkan aku seandainya aku tidak lagi mampu memberi kata-kata semangat buatmu..

Kerana aku bukan lagi seperti dulu...
Ada hijab diantara kita..
Yang selama ini kita tidak sedar..
Dan tidak pernah ambil peduli...

Aku doakan suatu hari nanti...
Engkau akan bertemu sahabat sejati...
Yang mampu membuat dirimu gembira lagi..
Dan mampu membuat dirimu dihargai lagi...
Semoga engaku bertemu sahabat yang sejenis dengan mu...
Agar dirimu mampu tersenyum lagi...
Dan melupakan diriku dan kenangan yang lalu....



Monday, July 4, 2011

Aurat Wanita Yang Perlu diketahui...


Aurat perempuan yang merdeka:

Aurat perempuan yang merdeka (demikian juga khuntha), di dalam sembahyang, ialah 
apa yang lain daripada mukanya dan dua tapak tangannya yang zahir dan batin hingga pergelangan tangannya. Muka dan dua tapak tangannya, zahir dan batin, hingga pergelangan tangannya bukanlah aurat dalam sembahyang. Yang lain daripada ini, semuanya dikira aurat, di dalam sembahyang, hatta rambutnya dan batin tapak kakinya. Bagi tapak kaki, memadailah ditutup dengan bumu atau lantai ketika berdiri. Namun, jikalau kelihatan tapak kakinya atau tumitnya ketika ruku'nya atau sujudnya, maka batal lah sembahyangnya. Inilah juga auratnya ketika dalam ihram haji dan umrah.

Aurat perempuan yang merdeka di luar sembahyang:

Dihadapan lelaki ajnabi atau bukan mahramnya, maka sekalian badannya. Ertinya termasuklah kedua tapak tangannya, zahir dan batin, dan termasuklahkedua tapak kakinya, zahir dan batin. Maka sekalian badannya wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan lelaki yang ajnabi itu. Tiada harus dibuka muka dan tapak tangannya, ketika untuk menjadi saksi atau selainnya, melainkan kerana dharurat.

BEBERAPA PERKARA YANG PERLU DIPERHATIKAN:

  • Menurut Qawl yang sah, atau yang paling nyata, atau yang mu'tamad di dalam MADZHAB SHAFI'IYY, nisbah pada pandangan lelaki ajnabi, seluruh badan perempuan yang merdeka itu adalah aurat, hatta rambunya dan kukunya yang telah dipoting atau bercerai daripada badannya.
  • Menurut MADZHAB SHAFI'IYY juga, qadam atau tapak kaki wanita itu juga wajib ditutp daripada pandangan lelaki ajnabi. Ia boleh menutupnya dengan memakai sarung kaki, atau dengan memakai kain atau baju yang labuh, sekiranya-kira menutup tapak kakinya itu. Meskipun Syari'at Islam melarang seseorang lelaki daripada memakai seluar, kain atau baju yang labuh sampai menutup kedua buku lalinya, namun Syari'at ini memberi rukhsah atau keizinnan bagi kaum perempuan memakai pakaian yang labuh sekadar menutup kedua tapak kakiny
SUMBER: Kitab al-Hijab susunan Wan Muhammad bin Wan Muhammad 'Ali.

Friday, April 22, 2011

Pesanan buat kaum Adam yang makin dilupakan...

Tidak lah diri ini layak untuk memiliki diri yang sempurna imannya...

 Yang Dicari
walau bukan putera raja, biarlah putera agama,

Yang Diimpi,
Biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata,

Yang Dinilai. 
Bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani, sempurna hati,

Yang Diharap,
Bukan Jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat,

Yang Datang,
tak perlu Rijjal yang gemilang,
kerana ana serikandi dengan silam kelam,
Yang Dinanti, Bukan Lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia,

& yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
ana redha ketetapan Ilahi,
itulah ketentuan sejak azali....



Semasa bercinta...berkepit kesana kemari....
Apabila orang sekeliling pandang pelik..kita buat tak tahu jea..
Apa nak peduli...Janji kita bahagia...

Tapi...

Bila kita pergi ke surau sorang-sorang..
Orang dalam surau atau masjid yang hanya beberapa orang pandang kita pelik...cz xpernah pergi surau...
Kita kata..aku tak nak dah pergi surau...
Orang pandang aku pelik jea...
Kisah pulak!!!



Semasa kita bersama kekasih..atau orang tersayang....
Kita bagi sepenuh tumpuan kepada dia...
takut dia kecik hati...takut kehilangan si dia...

Tapi..

Masa solat...kita tak khusyuk pun...
Macam2 yang difikir...
lupakah kita yang itulah waktu kita ber'dating' dengan Dia...
tak takut kah kita kehilangan dia dalam hidup kita....



Apabila kita buat kesalahan dengan kekasih hati..
Kita bersungguh2 mintak maaf...
kadang2 sampai menangis nangis pun ada....
kenapa?
sebab takut dia tinggalkan kita...
takui si dia dah tak hiraukan kita...

Tapi...

Bila kita buat dosa...Buat maksiat padaNya...
tak pernah pun kita meminta ampun bersungguh2 denganNya..
mengalirkan air mata kerana dosa yang dilakukan..
tak takut pula kita dibiarkan tanpa perhatianNya...




Bila kita pakai pakaian yang menjolok mata...
mendedahkan aurat yang sepatutnya ditutup...
Sehingga tak berkedip orang melihat...
tak kurang pula siulan2 nakal yang kedengaran..
kita jalan penuh bangga...
dapat perhatian daripada orang ramai...
tidak ada sekelumit malu bertandang di hati..



Tapi...

Bila kita memakai baju yang menutup aurat..
bertudung litup...menutupi bahagian2 tubuh kita...
Ada yang memandang aneh...tak kurang pula bisikan2 sinis...
Kita jalan tunduk kebumi...
Malu bertandang dihati...
Memikirkan nasib diri...
tidak mendapat perhatian dari lelaki...
Tidak terfikirkah perhatianNya yang lebih penting untuk dimiliki....




Apabila kita study...
kawan2 mula perli...
'aih sejak bila jadi rajin nih'...
kita bisik dalam hati...
kena kuatkan hati...
esok exam menanti...lau xboleh jawab..macam mana nanti...




Tapi..

Bila kita tengah mengaji...
Kawan mula memuji sambil memerli...
'amboih..warak lonie'...
mula rasa tak tenang dalam hati...
kenapa aku hipokrit nie...
besok dah tak mahu mengaji...
bosan kena perli...
tak terfikir pulak mati...
macam mana dalam kubur nanti...
gelap gelita....seorang diri...



Bila kekasih dah janji...nak kol malam nih...
kita sanggup tunggu...
sampai kepala naik pening....
mengantuk...tak tahan..
tidur pasang alarm...siap ringtone punya la panjang...
volume paling tinggi di pasang...
takot tak sedar...
bila handphone dah bunyi...
mata mengantuk segar kembali...
maklumlah boleh dengar suara sijantung hati..



Tapi....

1/3 malam tak sunggup pulak nak bangun...
Bunyi alarm 30 kali...
Tak sedar cz tidur mati...
lau sedar pun...tutup alarm n tidur kembali...
Tak sanggup nak tinggal katil...
Tak sanggup nak bukak mata..
sayangnya waktu tidur...
tak rasa ruginya berlalu malam tu...
tanpa waktu nak ber'dating' dengan Dia...



Masa nak makan pulak...
Ambik lauk banyak..nasi pun banyak...
tak peduli dah orang nak kata apa...
janji aku boleh makan n menghilangkan rasa lapar...




Tapi...

Bila nak makan...
NAk angkat tangan n berdoa...
malu..orang asyik tengok pelik jea...
Makan tanpa baca doa...ngna setan la jwbnya...




Pendek kata..banyak lagi benda yang kita buat...bila berkaitan dengan kebaikkan dan agama...mulalah malu...segan..semua ada...tapi..bila nak buat dosa...semua sanggup..hilang rasa malu...ghaib rasa segan....

Monday, April 18, 2011

UMK Kampus Jeli----tak suke?

Pandangan dan pendapat dari hamba yang tinggal kat Jeli...sape tak suka...terpulanglah...cuma pandangan...=)

Bila sebut pasal UMK kampus Jeli...Ramai yang tak nak pergi sana...teruk sangat ke Jeli tu..?Bagi ana tak de la teruk sangat...Orang yang cakap teruk tu ana rasa teruk..hehe..(sapa yang makan cili..dia la yang terasa pedas kan..)...Yela..Mana tak teruknya...tak pernah tinggal kat Jeli...setakat lalu jea..ataupun melawat kampus yang tak siap tu untuk beberapa minit atau beberapa jam...berani nak mengomen...yang tak pernah pergi lagi teruk..tak layak langsung nak mengomen...pernah dengar tak peribahasa ke apa ntah..."Indah kabar dari rupa"...tapi dalam kes nih dah jadi..."Indah rupa dari kabar"..(er..Indah ke??)Indah la kot...

Yang Biasa ana dengar komen tentang kampus Jeli..ataupun Jeli tu sendiri..tempat tu ulu..tak de pemodenan..ada pulak yang tanya..kat Jeli ada mall tak...amboih...melampau...apa yang nak dibanggakan sangat dengan mall...ana akui..kat sana memang tak de mall pun...(InsyaAllah..nanti ad..Jeli Mall..wah!)..hah berbalik pada persoalan tadi..apa yang best ada mall...?boleh membeli belah?emmm...selama ana tinggal kat sana tak pernah pun kebulur coz tak de makanan..mak ana tak de tempat nak membeli...kedai runcit suday...setakat guna pun duit pinjaman..tak payah la nak beli belah...makan pun ala kada sudah...hehehe..lagipun bagi ana, lau ada mall...buat budak2 gi lepak..dating..baik tak payah ada...diorang kat sana lepak sambil menikmati alam semulajadi..macam gi Lata ataupun melawat Gunung Reng..hehe...yang dating..memang ada...dating kat tempat camtu..senang sikit nak kena cekup..kawen terus..cz tmpat cam tu tak ramai orang...lau kat mall..tak leh nak cekup...cz alasan diorang..kami tak duduk berdua-duaan..tapi ramai orang kat cni..huh!

Ha! Teringat pulak satu soalan dari hamba Allah kat dekan masa diskusi dengan dekan dulu...

"Prof, bina UMK kat Jeli, tak fikir keselamatan student ke?"Tanya si hamba Allah tadi..

Tiba-tiba ana rasa dewan tu hangat...memang panas...kalau ikut kan hati..nak tolong jawab untuk dekan...nak tanya..yang bertanya tu pernah gi Jeli ke tak...dia ingat bina kampus atas bukit kot..sekeliling hutan...aduih...siyes panas....huhu...penghinaan...hello!!!kampus Jeli dok kat tepi jalan la...eh,bukan..lebuhraya..LEBUHRAYA TIMUR-BARAT...ok?memang la lebuhraya (ataupun highway..tkot ad plak yg tak paham..) tak sebesar n selebar kat KL nuh...smpai 4,6 ke 10 line....situ...2 line jew...tapi tepi jalan gak kan...tak de la tengah-tengah hutan..kat atas bukit kan...pikir la ckit..takkan nak buat dekat tengah-tengah hutan kan...emmm....sabor jela....

Al-maklum la kan...orang selalu cakap...kalau Jeli jea...kait ngan rimau..lau rimau..kait ngan Jeli kan..dah sinonim orang kata..tapi...selama 20 tahun ana dok kat Jeli tu..tak pernah tengok rimau lenggang lenggok lintas jalan depan rumah...tapak kaki dia pun tak pernah tengok taw...bapak sedara ana bertahun2 keje penoreh..ari2 masuk ladang getah..takde jumpa pun..korg sume ingat..korg kena gi kuliah dalam hutan ke yang takot sangat tu...aduii...tolong la faham...susahnya nak bagi orang faham..lau rimau tu senang sangat nak jumpa kan..ana tak wujud kat UMK ari nh...dah lama jadi makanan kat rimau-rimau tu..lagipun..korg ase..rimau tu nak gi ke kat kampus tu...tengok korang...ana rasa..dia yang takot..silap2 hari bulan dia kena bunuh..huuhuhu

Yang paling dasyat bila ada yang kata kualiti air kat sana lagi teruk dari kualiti air kar UMK PC...amboi3...sesedap bahasa seindah bicara dia kan..tak tahu..tapi nak cakap...memang memeritkan lubang telinga ana...untuk pengetahuan..kualiti air kat sana jauh lagi bagus dari kat PC...dan untuk pengetahuan..air kat KB nih memang sama je ngan kat PC nih...kat sana..baju putih ana..tak pernah jadi kuning lepas basuh baju taw...tapi lau sal kuantiti ana tak pasti..kat rumah dan asrama lain...kat rumah yang guna air 5,6 orang jea..kat asrama beratus-ratus orang yang guna..so,nanti jangan salahkan Jeli nanti lau bekalan air tak cukup taw...kita kena faham dengan situasi dan keadaan...ok?

Lagi..sal pengangkutan...ada jugak yang tanya ana...
"wa, nanti kat Jeli..nak g mana2 n balik kampung..ada bas ke...?"

Aiseh!Ingat kitorg kat sana kami pergi jalan2 n gi mana2 jalan kaki ke?naik kete lembu?sakit betoll....kat sana ada bas la..teksi pun ada...ana ase tak susah pun nak keluar..lau kena tunggu tu biasa la..nama lagi naek kenderaan awam...lau nak cepat...beli bas or kete sendiri...huhu..em,mmg la kat sana tak de LRT..ataupun yang sewaktu dengannya...tapi setakat bas n teksi tu adala..ana datang sini pun tak de la jakun sangat tengok bas cam orang yang tak pernah tengok bas kan...

emm..lau yea pun korg sume nak mengomen Jeli tu..ana tak kisah..tapi biarla kita pergi dan kenal dulu...then, baru boleh nak cakap kan...tak kenal maka tak cinta kan...ingat ana suka sangat ke adanya universiti kat Jeli..siyes tak suka..nanti mesti kat situ lagi membangun...macam2 akan ada kat situ nanti..macam cendawan tumbuh selepas hujan...n lagi banyak la maslh yang timbul...tengok construction bukak jalan pun ana dah tak suka..nanti kenderaan akan lagi banyak masuk..makin hilang kenyamanan dan kesejukan semula jadi kat sana nanti...

p/s;walaupun entry nh cam tak kena jea dengan blog ana..ana tak kisah...cuma banyak sangat dah dok dengar orang tak suka tempat ana membesar tu...hehe

Sunday, April 17, 2011

Berkuasakah cinta....?

Adakala aku terdengar…

Manusia mengatakan cinta itu sangat berkuasa…

Cinta itu mampu mengubah seseorang…

Sama ada dari buruk kepada baik…

Ataupun daripada baik kepada buruk…

Begitu berkuasakah cinta??

Adakala manusia yang jatuh cinta pada seseorang…

Dia sanggup megubah dirinya….

Sebagai contoh….

Walaupun telah bertahun-tahun dia terlibat dengan perlumbaan haram, dadah atau
sebagainya…

Oleh kerana cintanya pada seorang wanita….

Dia sanggup meninggalkan segala aktiviti yang telah sebati dengan jiwanya itu….

Manusia berkata…

Berkuasanya cinta….

Mampu mengubah orang yang sering melakukan keburukan kepada kebaikkan….


Antara lain…

Kesan dari cinta….

Manusia yang sebelumnya baik…

Menjaga pandangan mata dan nafsunya…

Apabila terjatuh cinta pada seseorang…

Dia boleh berubah menjadi penagih cinta…

Tiada lagi pandangan mata yang dijaga…

Nafsu merajai diri…

Hanya yang diinginkan…

Kepuasan mencintai dan dicintai…

Adakala, manusia yang terlalu mencintai pasangannya..

Apabila ditinggalkan…

Dia mula terlibat dengan perkara-perkara keburukkan untuk melepasakan tekanan jiwa
dan sakit nya hati….

Sekali lagi…

Manusia berkata….

Berkuasanya cinta…

Mampu mengubah seorang yang sering melakukan kebaikan kepada kejahatan dan keburukan…


Adakah hanya itu pandangan manusia pada cinta…?

Apabila disebut pasal cinta…

Apakah yang terlintas difikiran manusia…?

Pasangan lelaki dan perempuan…

Berdua-duaan…

Meluahkan rasa rindu dan cintanya…

Dengan kata-kata dan tindakan yang penuh romantic dan membahagiakan…

Cinta antara lelaki dan perempuan…

Sama ada dengan hubungan yang sah atau tidak…

Itulah yang sering difikirkan…


Pernahkah kita terfikir….

Manusia yang melakukan kejahatan dan keburukan..

Sebelum dia bertemu dengan orang yang dicintainya itu…

Tidak adakah orang lain yang menasihati dan mengambil berat akannya…?

Tidakkah dia dari kecil hingga dewasa dibesarkan dengan kasih sayang dan cinta dari
seorang ibu…?

Dari kasihnya seorang bapa…?

Mengapakah cinta dan kasih seorang ibu dan bapa tidak mampu mengubah kejahatan dan keburukkan anaknya…?

Berkuasakah cinta….?

Atau tidak berkuasakah cinta ibu bapa dibandingkan dengan cinta seorang kekasih…?

Manakala bagi yang berubah dari yang sering melakukan kebaikan kepada melakukan
kejahatan kerana cinta….

Tidakkah kita terfikir….

Siapa yang mendidik dia sehingga mengharapkan kebaikan itu berpanjangan dan berkekalan…?

Bukan kah didikan dari ketegasan seorang bapa…

Dan kelembutan seorang ibu…

Dan doa yang tidak henti-henti dipanjatkan pada yang Esa supaya menjadikan anaknya anak baik dan soleh…

Mengapakah dia sanggup memusnahkan usaha dan harapan ibu dan bapa hanya kerana orang yang dicintai…

Apatah lagi yang tidak halal baginya…?

Tidak berkuasakah cinta seorang ibu dan kasih seorang bapa…?


Perkara yang paling besar yang dilupai oleh manusia…

Adalah cinta Allah pada hambaNya…

Bukankah Allah memberi nikmat yang banyak pada kita….?

Bukankah Dia yang meminjamkan jasad ini kepada kita…?

Bukankah Dia yang menciptakan rasa cinta yang wujud dalam hati kita…?

Bukankah Dia yang mencipta kita…?

Sehingga kita dapat merasakan indah dan zalimnya dunia pada kita…?
Bagaimana mungkin…

Kita melupakan cinta Nya…

Hanya kerana cinta kepada manusia yang kita baru kita kenali….

Sebulan?? Dua bulan?? Setahun???

Tidak berkuasakah cintaNya pada kita…

Dimana cinta kita padaNya…?

Sudah lupakah kita…???

Saturday, April 16, 2011

pernahkah terfikir??

kadangkala aku terfikir...

bilakah ajalku akan tiba....

kerana aku semakin takut hidup di dunia penuh fana ini....

aku semakin takut seandainya kehidupan ini...

akan terus menyumbang kepada banyak nya dosa pada diri ini..



namun, apabila diingatkan perihal mati...

aku juga takut...

takut seandainya ketika ku mati...

amalanku tidak dapat menandingi dosaku...

aku takut azabnya di dalam kubur...

aku takut keadaan di mahsyar nanti...

setiap perbuatanku pasti dibalas...



maka, aku terfikir...

sejauh manakah persediaanku menghadapi hari itu...

hari dimana tidak mungkin ku kembali ke dunia ini...

hari pengadilan bagi manusia seluruhnya....

apakah aku akan perolehi nikmat atau azab disana nanti....



hatiku semakin gundah dan gulana....

tatkala aku melihat disekelilingku...

melihat manusia-manusia...

berlari-lari dan tertawa....

hidup penuh gembira...

gembira melakukan apa sahaja yang mereka inginkan...

mereka seolah-olah menikmati hidup mereka...

mereka menuruti hawa nafsu mereka...

melakukan apa sahaja yang mereka inginkan...



tidakkah mereka berfikir apa yang aku fikirkan...

tidakkah terlintas di hati mereka untuk merenung nasib mereka di sana nanti....

tidakkah mereka terfikir bahawa mungkin nama kita di luh mahfuz sudah gugur...

tidakkah mereka terfikir bahawa mungkin sekarang Malaikat Maut tengah memerhatikan kita...

menantikan saatnya dia menjalankan tugasnya...

tidakkah kita berasa takut????

lupakah kita pada hari pembalasan itu...???



cuba diperhatikan....

kita sering merenung masa depan kita...

untuk mendapatkan masa depan yang gilang gemilang...

kita berusaha sedaya mungkin...

untuk mencapai kejayaan...

agar nanti kita tidak merana...



bukankah ianya sama???

cma kita tidak pernah merenung masa depan kita setelah mati...

bukankah selepas mati juga kita mahukan kejayaan disana???

agar kita tidak terseksa dan merana di sana??

apakah usaha yang telah kita lakukan...??

untuk menghadapi akhirat yang kekal abadi...



sesungguhnya....

manusia sanggup mengorbankan kehidupan yang kekal abadi...

untuk menikamati keseronokan sementara didunia ini...

Ya Allah...sedarkanlah kami...

Thursday, April 14, 2011

YA ALLAH..AKU JATUH CINTA..

Telah lama ku pendam rindu ini..
Telah lama ku menyimpan rasa cinta ini..
Namun, tidak dapat ku luahkan tatkala tiada siapa yang sudi menerimanya..
Hatiku penuh cinta..
Tapi rasa itu umpama kosong..
Kerana cinta dihatiku minta dibalas…
Aku mencari dan terus mencari..
Siapa yang sudi menerima cinta ini…
Dan mengisi kekosongan hati ini…

Ku memberi cinta pada manusia…
Kepada keluarga dan sahabat..
Namun, cinta yang dibalas padaku…
Hatiku seakan tidak merasa puas dengan cinta itu…
Seolah-olah…cinta yang ku berikan…
Tidak dibalas…
Hati ini terus kekosongan…

Lalu, ku mencarinya di sebuah majlis ilmu…
Hatiku seakan terisi…
Aku berasa pelik dan aneh…
Sebelum ini pernah manusia memberi cinta padaku…
Namun hati ku seakan tidak puas…
Tapi…
Mengapa berada di dalam majlis itu…
Hatiku seakan tenang dan tidak lagi meminta dicari pengisi kekosongannya…

Apabila cinta dihatiku seakan dibalas…
Rindu pula bertamu…
Rindu itu membuatkan aku terus menerus mencari pengisian…
Cinta dan rindu itu membawa ku mengenal sesuatu…
Sesuatu yang tidak pernah ku rasakan sebelum ini…

Kini..baru ku tahu…
Hati ini hanya akan puas bila mencari cinta yang SATU…
Menyintai pemilik cinta ini..
Pencipta rasa cinta ini…
Hatiku terisi…cinta itu membahagiakan..
Rindu itu teramat indah..
Alangkah indah cinta pada Ilahi…
Tidak pernah terbayang difikiran ini…
Dapat merasakan indahnya erti sebenar CINTA itu…

Ujian Itu Tanda KasihNya...

Dalam melalui hidup dalam dunia yang serba indah dari ciptaanNya, ujian seringkali menjengah. Melemahkan semangat yang ada. Menggugat iman yang sedia rapuh. Setiap manusia berbeza ujian yang ditimpakan olehNya. Ada yang diuji dengan harta kekayaan. Ada yang diuji dengan kefakiran. Ada yang diuji dengan kecantikan dan tarikan diri. Ada pula yang diuji dengan kekurangan diri. Semuanya sesuai dengan diri manusia itu. Allah tahu kita mampu menghadapainya. Hanya kita yang perlu tetapkan diri. Mahu melawan dan menempuhnya dengan sabar dan tabah. Atau mencari jalan singkat untuk melepaskan tekanan hati dan jiwa dalam diri melalui maksiat dan tenggelam dalam indahNya dunia ini. Dan melupakan negeri akhirat yang kekal abadi.

Kadangkala kita lupa untuk memandang indahnya ujian yang diberikan. Mungkin penghujung ujian itu tidak berakhir dengan indah dan penuh warna warni. Kadangkala, akhirnya ujian itu dengan cahaya kelam dan gelap. Tapi! Dipertengahan ujian itu, tidakkah kita memikirkan. Ada sinar cahaya yang begitu terang. Menerangi hidup kita yang kelam. Mengingatkan apa yang kita lupa. Membuatkan kita berasa nikmatnya ujian itu.

Aku juga pernah diuji. Dengan pelbagai ujian. Dulu, aku sering mengeluh atas setiap ujian yang menimpa. Kadangkala, ada juga aku memilih jalan singkat, menurut kehendak nafsu dan hasutan syaitan untuk meleraikan masalah dan tekanan yang ada. Aku tidak pernah memandang ujian itu benar ada hikmahnya. Apatah lagi jika penghujung nya bukanlah 'happy ending'.

Tapi kini, aku berasa indahnya ujian. Bersama dengan kata-kata semangat dari sahabat dan keluarga yang cintakanNya. Ianya sesuatu perbezaan. Indahnya tak mampu diungkap dengan kata-kata. Terima kasih pada Nya kerana menimpakan ujian itu buat ku. Ujian itu mematangkan diri. Menyedarkan diri untuk terus bermuhasabah. Dan seolah-olah terasa kasih sayang nya.

Aku bukan Insan Sempurna..

Jangan dipandang labuhnya jilbab yang menyelimuti sebahagian tubuhku...
jangan dilihat pada pakaian yang membalut di tubuhku...
kerana dengan itu...
engkau akan membuat tafsiran didalam fikiranmu...
seolah-olah aku insan sempurna...
dengan melihat penampilanku. Manusia mengatakan bahawa aku adalah insan 'baik'.
Penuh ilmu agama didada.
Sedangkan, ingin sekali aku nyatakan...
aku tidak sempurna.
Aku juga insan biasa.
Yang bisa melakukan kesalahan dan dosa.
Kerana aku berpakaian begini, Bila aku cuba menasihati..
Engkau mula menyatakan...aku cuba menunjuk diri...
Seolah baik dipandang duniawi...

Tiap dosa dan kesilapan yang aku lakukan..
Dipandang berat...
tapi..aku tidak kisah...
Tetapi..
Aku mohon pada mu...
Supaya menegur ku dengan hemah..
Agarku ku sedar akan silap dan salah...
Jangan engkau hambur kata-kata berbaur penghinaan dan herdikan...
Kerana aku hanya insan lemah...
Aku juga punya hati dan perasaan...
Yang mudah lentur dan terluka...

Biarlah ku terangkan...
Mengapa aku rasa aku perlu berpakaian sedemikian..
Kerana aku ingin mencari cinta Rabb ku..
Kerana iman ku lemah lah aku perlu menutup aurat dan aibku..
Kerana Auratku adalah MAruahku...
Aku hanya ingin menjadi hamba yang taat..
Taat pada perintahNya...
Mungkin aku juga pernah lalai...
dan melanggar perintahNya...
Bukankah sudah ku katakan..
Aku hanya insan biasa yang tidak sempurna...
Punya banyak cacat celanya...

Bila ku fikir kan...
Iman ku lemah...
Semangat ku rapuh...
Ilmu ku cetek..
Apa yang kelebihan yang ada padaku???
Supaya Rabbku memandangku???
Mungkin imanku tidak seteguh engkau...
Masih dapat mengawal diri walaupun mendedahkan Aurat...
Sedang aku!!!
Aku tidak mampu...
Andai aurat ku tidak mampu ku jaga...
Apatah lagi kelakuan dan tingkah laku ku...
Bukan kah ada aku sebutkan..
Aku hanya insan biasa..
Yang punya kekurangan...

Pakaian dan jilbab yang tersarung ditubuhku..
Adalah perisai hidupku...
AKu malu dengan penampilanku...
Aku malu dengan jilbab labuh di tubuhku..
Bukan malu kerana pakaian ku..
Tapi malu untuk melakukan dosa dan maksiat dengan pakaian itu...
Aku juga takut.....
TAKUT...
Kerana aku...terfitnah Islam..Agamaku...
Aku mencintai agamu ku...
Kerana ianya dari Tuhanku..
KekasihNya berusaha menyebarkannya..
Dengan penuh tabah dan sabar..
Bagaimana mungkin aku sewenang-wenangnya..
Mencemarkan agamaNya itu...

Aku juga berharap...
Dengan pakaian yang tersarung ditubuh ku ini...
Allah, Tuhan ku..sudi memandangku...
kerana aku tidak punya apa-apa kelebihan...
aku tidak berilmu...
Imanku pula rapuh...
Semoga ini menjadi bukti cintaku..
Cinta pada AGAMA dan ALLAH...

Tuesday, April 12, 2011

Hidup ini tidak mudah seperti yanh disangka...tidak seindah apa yang ada dipandangan mata...ianya cukup pahit...namun..harapkan ku semoga satu hari nanti rasa pahit itu akan hilang....dan digantikan dengan manis yang tidak terperi..walaupun bukan didunia ini..biarlah diakhirat kelak...siapalah aku untuk meratapi hidup ini...siapa lah aku untuk mengeluh dan berputus asa...aku masih punya Dia bersama ku...yang sering bersama ku dalam setiap sedutan dan hembusan nafasku..

Dia sentiasa bersama ku tatkala aku sedih dan gelisah...Dia sentiasa denganku apabila aku gembira...Dia tunjukkan kasih sayang Nya melalui ujian-ujiannya...aku tidak kisah apa pandangan manusia padaku...asalkan Dia gembira melihat ku...

Aku akan cuba semampu mungkin...melalui hidup yang dikurniakanNya ini dengan tabah...Terima Kasih Ya Tuhanku..kerana sentiasa bersamaku..menegur setiap kesalahanku...

Saturday, April 9, 2011

hipokrit???ada aku kisah..??

Kononnya..ada sorang budak nih...mula nak berhijrah..bukanlah berhijrah macam zaman Nabi dulu..dari Mekah ke Madinah...dia nih nak berhijah dari bilik gelap ke bilik cerah yang ada cahaya...kononnya macam tu la...bila kawan-kawan dia perasan yang member diorang nih cam aneh jea...ajak pegi merempit tak nak..ajak keluar tengok wayang tak nak..pendek kate...lau bab enjoy-enjoy sume tak nak...

Yang dia lagi suka..berkurung dalam bilik..mengadap laptop dia...kadang-kadang ada gak member-member nak join... kot2 la tengok syok layan video porno..skali!!!cit!ceramah ustaz azhar idrus upenya...mati mood..

budak tu makin lama makin disisihkan oleh kawan-kawan dia..tapi..dia tak kisah...dia dah tak suka dah nak terlibat dalam aktiviti2 liar...dia mula baca buku agama..motivasi...dengar ceramah dalam you tube..bukak blog2 islami...join group islami dalam fb...favorite blog dia...blog kereta mayat and blog ustaz zaharuddin..

dia dah mula berjinak-jinak dengan surau...berkenalan dengan budak-budak surau..awalnya...bila first time dia pegi surau..budak-budak kat situ...tengok dia macam alien..al-maklumla..budak nakal suka enjoy and selalu dok berkumpulan..sekali!!dok sorang2...wat muka seposen datang surau...dalam kepala budak tu...1 jea...lantakla korang nak tgok aku macam alien ke..binatang endangered species ke...yang dah extinct ke..aku tak kisah..yang pasti..aku datang rumah Allah...sebab aku rasa tenang disitu...lama-lama..dia mula berkenalan dengan budak-budak surau tu.dan makin lama..makin rapat..dan dia dah jatuh cinta dengan ukhwah yang terjalin..berbeza dengan hubungan dia dengan kawan-kawan dia dulu..

yang jadi masalah...roomate dia...sumenya geng2 lepak dia dulu..macam-macam dia kena dengan kawan-kawan dia...kena maki...kena sumaph seranah,..mengata kat belakang tu biase la..antara yang dia selalu kena...

"wei mamat, ko tak payah la nak jadi hipokrit..ko nak tunjuk kat sape ko konon jadi baik macam nih hah???jadilah diri ko sendiri!!"

"dulu jahat cam setan...sekarang kononya...baik cam malaikat..aku tak leh blah ar tgok orang hipokrit cam ko nh"

kadang kala dia pon lemah dan tersungkur..semangat hilang melayang entah kemana...rasa nak kembali macam dulu pon asyk menerjah ke ruang fikira...nasib baik kawan-kawan dia sekarang banyak memberi semnagt dan kata-kata dorongan yang membuatkan dia kembali bersemangat dan kuat...

"kamu tak hipokrit pun...diorg yang hipokrit..memang fitrah kita sukakan kebaikan...tapi bila kita pilih jalan kejahatan dan keburukan..kita memang hipokrit..sebab kita dah lari daripada fitrah kita yang sebenar.."

Itu antara kata-kata semangat yang sering dilontarkan oleh sahabat-sahabatnya...
Dia bersyukur kerana Allah masih sayang kannya...dan masih memberikan peluang kedua kepadanya..sedangkan masih ramai yang terkapai-kapai dan kelemasan dalam dunia mereka sendiri...

Wednesday, April 6, 2011

Aku sedih sekali lantaran melihat bunga-bunga yang kembang mekar...bunga-bunga itu kelihatannya..kehilangan duri-durinya..melempiaskan kecantikkannya dengan sewenang-wenang nya...sehingga menarik perhatian kumbang-kumbang..

Wahai wanita..hargailah kelebihan yang Allah berikan padamu..
Ingatlah..

AURAT tidak akan tertutup dengan PERANGAI BAIK..
AURAT tidak akan tertutup dengan SOLAT...
AURAT hanya apabila engkau memakai pakaian yang sempurna...

Memakai hijab..bukan hanya untuk berfesyen...perhatikanlah hijab kita itu..adkah betol2 menepati kehendak syariat..menutup dada??tidak jarang hgga menampakkan bentuk leher???

Sedarlah akan azab Allah..takutilah akan balasannya kelak atas perbuatan kita..jagan ikutkan hati..nanti mati...ikut rsa..binasa..ikut lah agama...ikutlah al-Quran dan hadis...sudah tentu engkau akan selamat selamanya....


Hargailah dirimu kerana Allah..kerana ianya hanyalah pinjaman sementara...