Wednesday, December 19, 2012

Di Syurga

Assalamualaikum....

Suatu hari, dalam perjalanan pulang ke rumah mertua, kami berhenti di Jusco. Hari itu mak mertua dan kakak ipar datang menjemput kami di stesen bas di butterworth. Jadi, kami berpeluang singgah di Jusco. Sambil menuggu mereka pergi solat asar, ana dan zauj mengambil peluang berjalan berdua.

Sambil berpegangan tangan, kami berjalan beriringan. Kemudian, kami melalui sebuah butik pakaian wanita. Tapi, pakaian-pakaian di situ adalah jenis dress. Yang sememangnya tidak sesuai untuk muslimah-muslimah pakai dikhalayak. Tapi ana cuma wanita biasa. Sangat tertarik dengan sesuatu yang cantik.

Ana memang sangat meminati pakaian-pakaian sebegitu. Cantik. dan Dress di butik tersebut semua cantik. Tapi semestinya seksi.


Baju-baju macam ni la yang ana pernah tengok tu...(^_^)
Cantik kan?




Ana terus tunjukkan pada zauj butik tersebut.

"Abang, cantik la baju-baju kat dalam butik ni. Sayang teringin sangat nak pakai baju-baju macam tu" ana berterus terang dengan zauj sambil tersenyum.

Zauj memandang baju-baju dalam butik tersebut dan memandang ana sambil tersenyum.

Dengan tenang, dia berkata:

" Nanti sayang pakai baju-baju macam tu kat syurga ye. Kat sana pakaian-pakaiannya laaaagi cantik".

Terkedu dengan jawapan zauj. Tak sangka itu yang zauj akan cakap. Tapi, kata-katanya benar-benar membuatkan ana tersenyum dan terus membalas.

"InsyaAllah"

Sebelum keluar dari Jusco, kakak ipar ana sempat singgah di sebuah kedai kasut. Banyak betul kasut tumit tinggi. Semua cantik-cantik.





Ana suka tengok, pegang dan tilik kasut-kasut tu. Suami ana menghampiri.

"Sayang suka kasut-kasut macam tu?"

Ana pun tersenyum dan menjawab.

"Suka sangat!"

"Nanti sayang nak pakai kat syurga ea" Sambung ana sebelum zauj sempat membuka mulut seolah-olah mengetahui apa yang dia akan katakan.

Dia tersenyum lebar.



Saturday, October 20, 2012

[Cont.....2]

Hari itu buat pertama kali dalam hidup ana naik ambulan untuk dihantar ke Hospital Tanah Merah dengan keadaan terbaring atas katil. Nurse dan pemandu ambulan tolak katil ana masuk dalam ambulans, tak kena jalan. Macam orang yang sakit tenat.

Tiba di hospital, ana terus dimasukkan ke bilik untuk diperiksa. Terdapat beberapa orang pesakit lain dalam bilik tersebut dan beberapa orang doktor. Tak lama kemudian, seorang nurse menghampiri dan memeriksa tekanan darah ana dan seorang doktor lelaki turut datang. Macam di hospital Jeli, bermacam-macam soalan ditanya.

Kemudian, doktor perempuan pula datang dan ana di scan sekali lagi di sini. Dan ana perlu pemeriksaan lanjut dan sekali lagi alhamdulillah, doktor perempuan yang memeriksa. Alhamdulillah sekali lagi, katanya semuanya dah keluar dan ana perlu di scan untuk kali ke-3 oleh doktor yang lebih senior.

Lebih kurang 2 jam lebih menuggu, akhirnya doktor senior tersebut datang dan memperkenalkan diri sebagai Dr. Rohimi dan meminta kebenaran untuk scan perut ana. Selepas di scan, beliau mengesahkan semua dah keluar dan satu ayat yang diutarakan oleh beliau seolah-olah menyentap perasaan ana. Sedih!

" Complete miscarriage".

Pendek! Tetapi cukup menyakitkan.

Ana ditahan di wad untuk semalaman kerana keadaan ana perlu diawasi dan di pantau.

Ana disahkan keguguran setelah kandungan ana sudah mencecah 8 minggu.

[Cont...]

Pagi itu juga kami bertolak ke Hospital Jeli. Tiba di sana ana di arahkan masuk ke bahagian kecemasan. Zauj dan mak ana masih setia menemani di sisi. Nurse datang dan masukkan air ke dalam badan ana. Darah pula terasa makin banyak keluar. Alhamdulillah ana tidak ada tanda-tanda nak pengsan atau pitam.

Kemudian ana minta dengan nurse untuk ke tandas ekoran daripada terasa makin banyak darah yang keluar. Zauj menemani ana. Di tandas, ketulan darah ketiga keluar dari badan ana.

Kembali ke katil, ana terus diminta untuk baring. Seorang doktor lelaki menghampiri. Macam-macam soalan di utarakan. Perut ana di scan untuk memeriksa keadaan ana. Ana perlu diperiksa dengan lebih lanjut. Beliau memberi pilihan samada hendak dia sahaja yang memeriksa atau mahukan doktor perempuan. Sudah pasti ana memilih doktor perempuan. Nurse terus menghubungi doktor perempuan tersebut dan kami terpaksa menuggu.

Tak mengapa, ana sanggup menunggu daripada diperiksa oleh doktor lelaki. Kami ada pilihan dan ia bukan situasi yang kritikal dan terpaksa.

Seketika kemudian, doktor perempuan tiba dan ana diperiksa dan di scan sekali lagi.

Tak berapa lama kemudian doktor lelaki tadi datang lagi dan kami diberitahu ana terpaksa dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut.

Setelah lebih kurang 2 jam di Hospital Jeli, ana di hantar ke Hospital Tanah Merah dengan ambulan yang disediakan. Mak ana menemani. Ana tahu zauj ana ingin sentiasa berada di sisi, namun dia terpaksa pulang kerana perlu mengambil beberapa kelengkapan diri ana untuk ke hospital kerana ana mungkin terpaksa ditahan di wad.

Friday, October 19, 2012

Berakhirnya sebuah penantian.

16 Oktober 2012-

Lebih kurang jam 2.30 pagi ana tersedar dari tidur. Terasa sakit menyucuk-nyucuk dibahagian perut. Ana cuba melelapkan mata kembali, namun sakitnya makin terasa. Terniat nak kejutkan zauj tapi bila tengok zauj di sebelah begitu lena tak sampai hati. Ana teringat kata-kata doktor tempoh hari.

Katanya, kalau ada rasa sakit seperti senggugut, terus datang ke hospital.

Masalahnya ana tak pernah senggugut. Ana keliru, adakah sakit pada masa itu senggugut? Nak ke hospital malam-malam begini. Kalau bukan macam mana. Akhirnya ana menganggap sakit itu cuma angin dalam peut dan paksakan juga mata untuk sambung tidur.

Pada jam 5.30, ana tersedar buat kali kedua dari lena. Bila tersedar, terus terasa sakit menyucuk di bahagian     perut. Masa itu, ana terus ke tandas. Mungkin hanya sakit biasa. Setelah itu, ana sambung tidur kembali dengan harapan sakit ini akan hilang bila bangun nanti.

Ana tersedar kerana terasa tamparan perlahan di pipi dan goncangan lembut pada badan. Namun saat itu ana begitu tidak mampu untuk membuka mata.

Setelah itu terdengar suara zauj.

"Sayang, bangun. Solat subuh"

Ana cuba untuk buka mata.

"Dah subuh?". Tanya ana pada zauj.

Lantas ana cuba bangun dengan bantuan zauj. Bila ana berdiri, terasa sejuk dibahagian kaki.

"Allah! Darah!"

Terkejut ana dan zauj bila terlihat begitu banyak darah membasahi kain batik yang ana pakai dan katil. Ana berjalan perlahan ke bilik air. Bila sampai di bilik air, ana membersihkan darah yang terasa makin banyak mengalir dari tubuh ana.

Tiba-tiba..................

Terasa ada sesuatu keluar dari badan ana. Ketulan darah keluar dari badan ana. Terasa longlai saat itu. Terus ana memanggil zauj dan mak ana.

Mak kata, ana perlu ke hospital segera.

Thursday, September 20, 2012

Rindu

Jam menunjukkan 9.30 malam. Hujan baru sahaja mulai reda. Kehadiran hujan sebentar tadi benar-benar mampu merubah suasana. Malam semakin sejuk. Kipas tidak lagi diperlukan. Setiap orang seakan takut hendak menyentuh air. Ada juga yang lebih senang berehat di bilik. Walaupun kebiasaannya ia adalah waktu makan malam.

Perut mula berkeroncong. Tapi seakan tiada siapa berminat untuk menjamu selera. Ekoran kerana sentiasa makan berteman, ana melupakan niat untuk makan bila tiada yang sudi menemani. Lantas ana mengambil keputusan untuk minum sahaja. Selesai meneguk secawan air coklat, ana masuk ke kamar ibunda, kalau-kalau ada teman berbual. Masing-masing ada hal sendiri. Terlintas di hati, pulang ke rumah pun tiada apa yang boleh dilakukan. Bosan! Di asrama juga bosan! 

Suasana yang sunyi menguatkan lagi ingatan ana pada seseorang. Kalaulah 'dia' di sini, pasti ada yang sudi menemani. Waktu ini waktu makan si 'dia'. Kalau 'dia' ada di sini, pasti ana sedang sibuk menyediakan makan malam untuk nya pada waktu ini. Pasti ada yang menemani ana makan malam. Rindu!

Tiba-tiba telefon bimbit ana berdering.

Tertera nama 'zauji' di skrin. Subhanallah! Seakan mengetahui isi hati isterinya. 

Gembira menerima panggilan dari zauj tercinta. Namun, tidak dapat di tepis dan di halang air mata ini dari menitis saat mendengar suara itu. Butir bicaranya yang lembut dan mengambil berat itu semakin mencambahkan rindu pada nya. Perbualan singkat dengan si dia benar-benar membuatkan ana makin rindu.

Lantas ana melangkah laju ke kamar, membuka almari dan mencari-cari sesuatu miliknya. Lalu ana mencapai sehelai jubah  miliknya yang sering di pakai setiap Jumaat. Rindunya kepada pemilik jubah itu!

Indahnya rasa rindu pada seorang suami. Suami yang halal untuk di rindui. Semoga dengan rindu ini ada ganjaran buat si perindu. Rindu pada yang halal sudah pasti lebih indah berbanding kepada yang tidak halal. Yang bisa mengundang kemurkaan Pencipta rindu dan cinta. Pencipta si perindu dan segala-galanya.

Terima Kasih Ya Allah atas nikmat yang Engkau kurniakan kepada hamba Mu ini..



Wednesday, September 19, 2012

Orang ke-3

Assalamualaikum.......

Alhamdulillah masih di beri peluang oleh Allah untuk meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini. Masih diberi nikmat mata untuk melihat, nikmat telinga untuk mendengar, nikmat mulut dan lidah untuk berbicara dan macam-macam nikmat lagi yang takkan habis untuk dinyatakan di sini. Semoga kita masih tidak lupa untuk mengucapkan Alhamdulillah tanda syukur pada yang Esa.

Tidak ada yang menarik untuk dikongsi, cuma bila di baca tajuk entry ana kali ini tentang orang ke-3, tak tau la apa yang terlintas di fikiran. Mungkin memang fitrah bagi orang yang sudah berumah tangga menuggu kehadiran orang ke-3. Maksud ana, cahaya mata. Walaupun ana masih muda dan belajar, kadang-kadang keinginan tu ada.

Tapi, masih belum ada rezeki untuk ana dan zauj. Kadang-kadang terusik juga hati bila ada yang bertanya:

"Wa tak de isi lagi ke?"

"Tak ada apa-apa lagi ke?"

Itulah soalan yang sering bertandang. Tapi ana kena biasakan diri. Tak ada rezeki lagi. Apa boleh buat. Allah Maha Mengetahui hambaNya. Mungkin ana dan zauj belum bersedia lagi untuk menjadi umi dan abi. Dan banyak lagi kemungkinan yang lain. Yang penting, kenalah bersabar. =)


Tuesday, September 18, 2012

Kenangan.....

Assalamualaikum...

Kadang-kadang rasa macam tak sangka dah 7 bulan lebih bergelar isteri orang. Apatah lagi bila zauj tak ada di sisi. Berpisah sementara, supaya lebih manis saat berjumpa itulah kelebihan berjauhan ataupun hubungan jarak jauh ni. Yang penting kita saling mempercayai.

Bila berada dalam suasana universiti ni, seringkali teringat saat bujang dulu. Saat mengenali zauj. Rasa macam baru je kenal. Bila dengar je orang azan kat surau kat sini, macam terdengar-dengar pulak suara zauj azan kat surau masa kat pc dulu. hehe...

Semuanya kenangan manis. Kadang-kadang bila terkenangkan kenangan yang manis boleh membuatkan kita tersenyum. Dan sama juga bila terkenanag kan kenangan pahit, mampu buat kita menangis.

Ada kalanya terbayang-bayang saat mula-mula mengenali zauj tercinta. Tak sangka dia lah jodoh ana. Ana akan bertemu jodoh di UMK ni. Dulu masa dapat UMK nangis-nangis tak nak datang. Yela, dah berangan nak merantau masa belajar. Tiba-tiba dapat dekat kelantan jugak. Apatah lagi sekarang ni berada kat kampus jeli yang hanya 5 minit dari rumah. Kalau naik kereta atau bas la.. Rupanya ada sesuatu yang Allah nak hadiahkan kat ana yang ana akan jumpa kat UMK ni. Seorang suami yang mengubah seluruh hidup ana.

Tak sangka kan? 

Macam-macam yang berlaku dalam hidup kita yang kita tidak suka. Tetapi kita sering tidak sedar yang apa yang kita tidak suka itu tidak semestinya tidak baik untuk kita dan apa yang kita suka itu tidak semestinya baik untuk kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia Yang Maha Mengetahui apa yang hambanya perlukan. Subhanallah, sayangnya Allah untuk kita.


Friday, August 24, 2012

Hari Raya 2012

Assalamualaikum...

Pada tahun ini ana beraya di Pulau Pinang bersama suami dan keluarga. Sedih juga tak boleh berkumpul bersama-sama adik beradik yang lain di kampung. Maklumlah, ini kali pertama ana beraya jauh dari keluarga dan beraya dengan keluarga baru. Pagi raya ana ber 3G la dengan family kat kampung.

Yang best nya beraya kat Penang, banyak ziarah saudara mara. Ramai lagi yang ana tak kenal.
First time beraya sakan. Sampai jam 11 malam baru balik masa hari raya pertama tu. Penat tapi best!


Tuesday, July 17, 2012

Ramadhan datang lagi!!Yeay!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah ana masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus hidup di dunia yang fana ini.  Kita sekarang telah pun berada di penghujung bulan Syaaban dan beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadhan yang penuh berkah akan menjelma. Apakah persediaan kita untuk menyambut Ramdhan yang akan datang? Sudah habiskah diganti puasa yang perlu diganti? Harap-harap semuanya telah selesai.

Ramdhan datang lagi! Namun masihkah kita diberi peluang bertemu dengannya? Semoga kita masih diberi peluang itu. 

Ramdhan kali ini pastinya berbeza bagi ana kerana boleh menikmatinya bersama zauj tercinta dan berpeluang berpuasa dengan keluarga baru. Mungkin berbeza perasaannya.

Bercerita tentang Ramadhan, teringat pula ana persoalan yang diutarakan oleh seorang ustaz ketika berceramah di surau baru-baru ini. Soalannya simple dan mudah. Katanya, semua orang bercerita tentang ibadah puasa yang akan kita jalani di bulan Ramadhan nanti. Namun, sudah kah kita bersedia? Beliau hanya meminta para jemaah menjawab satu soalan simple iaitu: APAKAH RUKUN PUASA?

Masing-masing diam. Begitu juga ana. Kata beliau lagi, kita sibuk bercerita tentang ibadah puasa. Macam mana kita nak buat ibadah sedangkan rukunnya kita tidak tahu atau masih ragu-ragu atau masih tidak pasti. Sedangkan jikalau kita meninggalkan satu rukun, bermakna ibadah kita tidak sah. 

Ana berfikir! Benar sekali kata nya itu. Kita sering memandang remeh. Apabila kita sebut puasa atau solat. Kita rasakan seolah-olah kita sudah tahu semuanya. Dan bila ada yang mengajar bab-bab ini, kita merasa boring kerana kita rasa orang tersebut mengajar benda yang semua orang sudah tahu.

Jangan kan rukun puasa, rukun solat pun kalau ditanya, kita masih terkial-kial hendak menjawab.

Jika lau bergitu, bagaimanakah kita ingin melakukan ibadah dengan baik dan sempurna??

Ayuh kita sama-sama menamba ilmu tentang puasa!Supaya kita lebih bersedia untuk menghadapinya. InsyaAllah.




Sunday, June 17, 2012

21 tahun tanpa hari bapa..

Assalamualaikum...

Hari Bapa.. Mengikut ustaz Azhar Idrus, kita tak payah la sambut sebab ia asalnya dari orang-orang kristian. Tapi ada juga yang kata boleh sebab bukan lah kita menyambut, cuma ucap je kat ayah-ayah kita tanda kita mengingati, menghargai dan mengenang jasa ayah kita. Dan biasanya ayah kita akan rasa terhibur bila anak-anak mereka ucap dan ingat tentang mereka.

Setelah 21 tahun ana tak pernah ucap 'Selamat Hari Bapa', tapi tahun ni, ada seseorang yang menunggu ucapan tu dari ana. Macam mana ana boleh lupa! Tahun ni ana ada bapa! Sekali lagi rasa serba salah, jadi orang last ucap kat bapa mertua. Sedih! Hari Ibu baru-baru ni pun jadi orang last ucap kat mak mertua. Rasa teruk la jugak. Asif Jiddan mak dan bapak!

Macam-macam la alasannya bila terlupakan. Kena take note benda-benda macam ni. Nampak simple tapi bermakna.

Apa-apa pun, SELAMAT HARI BAPA KEPADA BAPA MERTUA ANA SIRRAJUDIN BIN GHANI.

Terima kasih sebab ana masih berpeluang merasa macam mana adanya seorang ayah!=)

Ni la mak mertua ana  n bapa mertua ana.

Tuesday, June 5, 2012

Sanah Helwah!!

Assalamualaikum...

5 Jun 2012 adalah ulang tahun kelahiran ana yang ke-22 dan hari ini juga genap perkahwinan ana 4 bulan. Cepatnya masa berlalu, dah 22 tahun ana hidup di dunia ni dan berkahwin pun. Hari ini ulang tahun kelahiran yang pertama bersama zauj. Tapi sayang, zauj ana tak ada di sisi. Dia pulang ke Perak sejak hari ahad yang lalu. Sedih jugak tak boleh sambut bersama-sama si dia. Tapi apakan daya. 

Pagi ni, zauj telefon, katanya dia dan keluarga mertua ana ke Cameron Highland. Sentap jugak la. Ana dah lama teringin untuk ke sana. Apatah lagi bersama zauj tercinta. Tapi bukan rezeki ana agaknya. Ana tak boleh tinggalkan urusan praktikal ana yang akan berakhir minggu ini. Menitis air mata ana masa mula-mula si dia telefon tadi, mereka beramai-ramai nyanyikan lagu selamat hari lahir buat ana. Terharu! Syukran semua. 


Wednesday, May 30, 2012

Sarung kaki

Assalamualaikum..

Baru-baru ini semasa ana sampai di Tanah Merah, sedang ana menunggu bas untuk ke Jeli, ana melihat dan memerhatikan orang-orang di sekeliling ana. Memang ana sudah biasa di pandang pelik oleh orang sekeliling, jadi kalau ada pun orang yang memandang pelik kepada ana, ana sudah tidak kisah. CUMA....ana tertarik apabila melihat seorang muslimat. Cantik parasnya. Berbaju kurung dan bertudung hitam. Tudungnya labuh menutup bahagian tubuhnya membuatkan sejuk mata memandang. Kemudian. ana terpandang pada kakinya. Aneh. Dia tidak memaki sarung kaki mahupun stoking. Tidakkah dia tahu kaki itu aurat. Ana berbaik sangka sahaja. Mungkin ada sebab yang ana tidak tahu.


Tiba-tiba ana teringat kakak ana (kak ct) pernah cerita kat ana tentang pengalaman dia semasa belajar dulu.
Ada seorang lelaki, ana bagi nama dia A. Senang sikit nak cite. Si A ni naik bas untuk ke destinasi yang dituju. Masa kat dalam bas tu dia terpandang seorang perempuan. Perempuan tu berjubah. Cantik. Menutup aurat. Tapi, tiba-tiba bila Si A tadi terpandang kat kaki perempuan tu, perempuan tu tak pakai sarung kaki mahupun stoking untuk menutup kakinya. Lantas Si A tadi terus membuat konklusi yang perempuan itu cuma memakai jubah untuk berfesyen semata-mata.



Begitukah pandangan orang lelaki?? Biasanya orang perempuan fikir. Alah, kaki je pun. Mana ada orang nak tengok. Tapi ingat, tu cuma pandangan kita orang perempuan. Sedangkan orang lelaki akan tengok kita dari kepala sampai la ke kaki. Jangan ingat orang lelaki fikir benda yang sama macam kita fikir.

Lagi tentang sarung kaki.

Dulu, ana pernah baca blog seorang kawan ana. Lelaki. Ada dia sebut berkenaan sarung kaki. Dia nasihatkan kaum wanita supaya elakkan memakai sarung kaki yang warna kulit. Katanya, memaki sarung kaki warna kulit seakan-akan sama tidak memaki stoking. Ana terfikir. Sebab ana tak rasa pun macam tu. Sampaila suatu masa, ana ada ternampak seorang muslimat, dia memakai sarung kaki warna kulit. Kalau sekali pandang, macam tak pakai!!Serius!! Baru la ana tahu kenapa kawan ana tu bagi nasihat sedemikian. orang lelaki lagi tahu apa yang orang lelaki selalu perhatikan dan fikir. So, tak salah kita terima nasihat dia.



Sekarang ana mula belajar pakai sarung kaki hitam. Dan lebih senang memilih untuk pakai kasut tertutup. Kenapa?? Sebab, sarung kaki ni adakalanya nipis dan jarang. Nampak bentuk2 jari. Lagi senang pakai kasut tertutup. Zauj ana pun galakkan ana pakai kasut tertutup.

Ketahuilah, Lelaki bernama suami, tidak mahu haknya dipandang oleh lelaki ajnabi. Bagi yang belum berkahwin. Tak salah belajar awal-awal. Nanti depan suami, dah tak perlu nak kena tegur-tegur dah.


Saturday, May 26, 2012

Anak Muda

Seperti biasa pada petang sabtu ana akan pulang ke Kota Bharu dengan menaiki bas. Zauj ana akan hantarkan hinnga ke Tanah Merah. Dan ana biasanya akan naik bas pada pukul 5 petang untuk ke Kota Bharu setelah solat asar terlebih dahulu di stesen bas supaya tak terlewat dan takut juga apa-apa berlaku di sepanjang perjalanan sedangkan ana belum menyempurnakan tanggungjawab ana tu.

Seperti biasa, surau di situ agak lengang. Kadang-kadang sahaja bertembung atau kelihatan orang yang menggunakan kemudahan surau di situ. Mungkin juga kerana keadaanya yang kurang selesa dan agak sempit membuatkan orang ramai memilih untuk solat di masjid atau tempat-tempat lain yang lebih selesa. 

Usai ana solat asar, kelihatan 2 orang remaja lelaki masuk ke surau. Dengan tidak sengaja ana terdengar perbualan mereka. Mungkin kerana surau itu agak sempit dan suara mereka yang agak kuat membuatkan ana terdengar perbualan mereka.

Mereka mula menghampar sejadah dan tiba-tiba salah seorang daripada mereka berkata.

"Kau solat la dulu. Aku nak buat solat sunat sebelum asar dulu. Nanti aku ikut kau solat kemudian."

"Eh, kita solat lah sekali."Balas sahabatnya.

"Tak apa lah. Aku nak wat solat sunat dulu ni."

"Kalau macam tu, tak apa lah. Kita wat solat sunat dulu. Lepas ni kita solat Asar berjemaah."

Tersenyum ana mendengar perbualan mereka. Subhanallah. Bagusnya mereka ni. Jarang nak jumpa anak muda macam ni. Tak lama kemudian kelihatan seorang lagi remaja lelaki masuk yang merupakan sahabat mereka juga.

Salah seorang daripada mereka terus mengajak sahabat mereka itu melakukan solat sunat terlebih dahulu sebelum menunaikan solat fardhu. Subhanallah. Kagum ana dengan mereka. 

Tiba-tiba kedengaran pengumuman dari corong pembesar suara di stesen bas tersebut. Mengatakan bas untuk ke Kota Bharu sudah sedia untuk bertolak. Ana cepat-cepat meninggalkan surau dan adik-adik remaja tersebut. 



Tuesday, May 22, 2012

Mendidik Isteri

'Sayang, kenapa kalau kita berada kat kawasan-kawasan semulajadi kita akan rasa tenang?' tanya suami ana semasa menikmati pemandangan dari atas titian di Tree Top Walk cuba menguji isterinya.

Ana tersenyum mendengar soalan itu. Nasib la sebelum ni pernah ana mendengar tentang soalan seperti itu,

'Sebab alam semulajadi sentiasa berzikir kepada Allah. Sebab tu kita rasa tenang bila berada dekat dengan alam semulajadi.' Jawab ana sambil tersenyum menunggu respon si dia.

'Pandainya isteri abang!'Pujinya menghiburkan hatiku.

'Bunyi deruan air sungai, burung-burung berkicauan tu adalah bunyi mereka berzikir kepada Allah cuma kita sahaja yang tidak faham. Alam semulajadi ni semuanya taat pada perintah Allah. Tak pernah mengingkari perintahNya. Cuba sayang tengok air sungai tu, semuanya mengalir dengan satu arah walaupun ada banyak halangan seperti batu dan pokok-pokok, mereka tetap mengalir ke arah yang sama. Begitu juga dengan pokok-pokok disekeliling kita ni. Semuanya tumbuh tegak ke atas mengikut cahaya matahari. Tak ada satu pun yang mengingkari perintahNya.' Tambah suamiku sambil memerhatikan air sungai yang mengalir dan pokok-pokok yang menghijau.

Ana diam dan cuba menghayati setiap kata-katanya. Benar sekali! Selama ini ana tak perasan pun.

'Cuma manusia sahaja yang suka mengingkari perintah Allah. Tak taat seperti ciptaan-ciptaan Allah yang lain' kata suamiku lagi.

Ana berkerut memikirkan kata-katanya. Tidak faham.

'Maksud abang?' tanyaku meminta penjelasan.

'Yela, manusia sahaja yang suka melawan perintah Allah. Contohnya, Allah suruh tutup aurat, tak nak tutup. Allah suruh solat, tak solat. Kan tu tandanya kita tidak taat dengan perintah Allah.' terang nya dengan tenang.

Lama ana diam. Menginsafi diri sendiri. Terasa ada cecair jenih bertakung dimata. MasyaAllah! Sungguh kita tidak bersyukur dan berani sekali melawan perintah Yang Maha Pencipta.





Monday, May 21, 2012

Oh! Ibu Mertuaku

assalamualaikum...

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah.. Yang masih memberi peluang untuk ana menikmati kehidupan di dunia ini.

Semalam, 21 Mei 2012 adalah hari lahir ibu mertua ana. SELAMAT HARI LAHIR MAK!!
Frust sangat bila asyik jadi orang last je. Ucap untuk hari ibu baru-baru ni pun jadi orang last. Besday mak pun jadi orang last gak. Rasa serba salah pada mak mertua. Tapi, nasib baik mak tak ambik hati. Semalam, malam malam baru dapat cakap dengan mak. Alhamdulillah dapat jugak. Mana tak nya.. Asyik call tak dapat jer. Tak angkat la. Masuk voice mail la. Takdir Allah. Ana kena jadi orang terakhir yang ucap.huhu

Tapi, best sangat bila dapat cakap dengan mak. Ceria je mak mertua ana tu. Rindu lak rasa. Lagi best bila mak cakap kedatangan ana dalam family mereka adalah sesuatu yang menggembirakan mak. Dapat menantu termasuk dalam list kenangan manis mak tahun ni. SUKE! Terima Kasih Mak!

Apa-apa pun! SELAMAT HARI LAHIR MAK!
Ni la mak mertua kesayangan ana. Bergaya dengan cermin mata.hehe..Kenangan masa kat Masjid Terapung di Jeddah.


Thursday, May 17, 2012

Lupakan mencari yang soleh???

p/s: bukan bermaksud mengatakan individu di dalam gambar ini soleh dan solehah. =)

Tuesday, May 15, 2012

Ku Merindu!

Assalamualaikum....

Tak tertanggung rasa rindu ini. Ana betul-betul rindu padanya. Alangkah ruginya ana mengsia-siakan masa bersamanya...

Ya Allah! Jemputlah kami lagi sebagai tetamu Mu. Menitis air mata bila melihat gambar-gambar Masjid Nabawi, Masjidil Haram dan tempat-tempat di Mekah dan Madinah. Rindunya waktu-watu di sana. 



Masjid Terapung-Jeddah


Permandangan dari atas Jabal Nur (di mana adanya Gua Hira')

Tidak banyak yang ada dalam simpanan ana. =(

Sunday, May 6, 2012

Ku ucap Alhamdulillah..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. Rezeki yang tak di sangka- sangka pada tahun 2012 ni. Tidak pernah terlintas difikiran, Allah akan mengurniakan begitu banyak nikmatnya yang indah-indah yang diimpikan setiap orang. Subhanallah. Maha Suci Allah. Perancangan Allah itu Maha Baik. Itulah kata-kata yang dilontarkan oleh zauj bila apa-apa berlaku atau pun bila ana mengadu.

Benar sekali!! Perancangan Allah itu Maha Baik. Tidak pernah menyangka ana berkahwin seawal ini. Pada usia 21 tahun dan masih belum habis belajar. Tidak pernah terfikir yang ana akan menjejakan kaki di bumi anbiya' pada tahun ini bersama-sama suami tercinta. Subhanallah..

Ramai sahabat-sahabat yang terkejut dengan berita perkahwinan ana pada bulan Febuari yang lalu. Semuanya pantas berlalu. Hanya dalam masa kurang dari 3 bulan selepas keluarga pihak lelaki datang merisik. Langsung kami tidak menyangka urusan kami begitu dipermudahkan oleh Allah. Alhamdulillah.

05/02/2012- Itulah hari bersejarah buat ana dan zauj. Menamatkan masa bujang kami.

Setelah akad nikah..=)

Bersama keluarga ana yang dapat hadir. 

Besama keluarga dari sebelah zauj yang hadir dari jauh

Monday, January 2, 2012

Duhai Wanita....

Duhai wanita, andai hidup tak dihadiri lelaki, bukan bermaksud diri tidak diingini..
Usahlah khuatir kerana cinta Allah itu pasti...
Allah memelihara hati dan jiwa daripada dikecewakan dan didatangi riak...

Wanita yang sentiasa menjadi dambaan lelaki adalah wanita yang longgar jagaannya oleh Allah ataupun Allah sedang mengujinya dengan penyakit hati....
Dekatkan diri kepada Allah...
Pasti cinta kan kau temui...

Usah berharap cinta insan yang kau sendiri tak pasti..
Diamkan lelaki yang engkau sukai..
Berdoalah kepadaNya..
InsyaAllah...
Engkau akan dicari...

Jagalah Allah...Allah pasti menjagamu...