Wednesday, July 20, 2011

sedarlah wahai hamba Allah yang hina!

Ya Allah..betapa jauh diri ini meninggalkan Mu..

Begitu sombong dan angkuhnya diri ini…

Telah Engkau kurniakan hamba nikmat hidayah Mu itu…

Cuma hamba yang tidak pernah mensyukurinya…

Betapa orang lain sibuk mengejar Mu dan cintaMu..

Aku pula sibuk melayani nafsu dan meninggalkan syariatMu..

Entah keberapa kalinya diri ini tergelincir dari jalanMu Ya Allah..

Tapi, tiap kali itu aku terasa Engkau sentiasa menyelamatkan ku dari terus 
hanyut melayan nafsu dan tersesat dalam rimba duniawi..

Ya Allah, janganlah Engkau ambil nyawaku tatkala aku tergelincir dari jalanMu..

Izinkan aku menyentuh cintaMu…

Aku hanya hamba yang hina yang amat memerlukan cinta dan kasih sayangMu…

Kuatkanlah hati ku…Tetapkanlah daku pada jalanMu…

Izinkanlah aku terus menggengam hidayah Mu ini…

Jadikanlah aku hamba yang bersyukur dengan nikmat dan kurniaanMu…

Kuatkanlah hatiku untuk melawan nafsu dan syaitan durjana…

Kuatkanlah semangatku untuk terus bermujahadah…

Aku ingin bahagia di dunia dan di akhirat sana…Ya Allah..

Ya Allah, ampunilah diriku ini…

Sungguh diri ini tidak mengerti..

Apa yang sedang aku alami…

Kegelisahan sentiasa merajai hati..

Rasa berdosa memburu diri…

Aku hanya insan yang hina pada pandangan duniawi…

Tapi, aku tidak mahu dipandang hina oleh Allah yang aku cintai…

Adakalanya diri ini hanyut dibawa nafsu sendiri…

Mengikut apa sahaja yang disukai…

Menjadi hamba nafsu yang merajai diri…

Adakalanya juga aku seakan membenci diri..

Apatah lagi apabila mengingat dosa-dosa yang pernah aku lakukan dengan 
sedar atau tanpa aku sedari..

Hinanya diri ini…

Mengimpikan nikmat syurga milik Ilahi..

Sedangkan nikmat syurga itu tidak layak untuk aku miliki…

Friday, July 8, 2011

Belum sampai seru??

Setiap perubahan itu memerlukan pengorbanan. Apatah lagi kalau berubah kearah kebaikan. Yela, zaman sekarang nih kalau kita buat benda baik nampak pelik dipandangan mata masyarakat. Tapi kalau buat benda tak baik xpe, normal je pada pandangan manusia. Kalau insan2 yang cuba mengikut syariat Islam, macam2 tentangan yang dia dapat dan bila orang yang mengikut trend terkini, ikut barat, orang siap sanjung2 lagi. Kenapa?? Sebab kita terlalu mengagung2kan barat. Mengangkat gaya hidup orang kafir. Dan apa2 yang mengikut syariat Islam, dikatakan ketinggalan zaman, kuno. Seolah-olah Islam itu tidak sesuai mengikut zaman. Hanya sesuai pada zaman-zaman dahulu sahaja. Benarkah begitu??

Sebenarnya, bukan islam itu yang kuno dan tak mengikut zaman. Tapi kita yang terlalu obses mengikut cara dan gaya barat. Kita suka dengan selendang yang nipis dan singkat, tudung yang pendek dan mendedahkan dada, baju dan seluar yang ketat yang menampakkan bentuk tubuh. Apa yang kita nak banggakan sangat dengan tubuh badan yang kita. Sedarlah, segala yang kita ada itu hanyalah pinjaman dari yang Esa.

Trend pemakaian seperti itulah yang biasa dan normal pada pandangan manusia sekarang. Tapi bila ada yang pakai jubah dan bertudung labuh, dikatakan kuno dan dipandang pelik. Apatah lagi kalau orang yang berpurdah, dikatakan pula melebih-lebih. Melebih-lebih menutup aurat, di kutuk dan dikeji. Tapi, orang yang melebih-lebih membuka aurat, disanjung-sanjung sebab pandai mengikut fesyen terkini. Alangkah anehnya manusia zaman ini. 

Pernah juga ana melihat, manusia-manusia yang didedahkan pentingnya menutup aurat dengan sempurna. Tapi, dikatakan pula tak bersedia. Manakala bagi yang belum didedahkan dengan pentingnya menutup aurat dengan detail dan dari orang yang lebih berilmu, mereka katakan pula belum sampai seru. Ana tak paham! Ana tak paham! Kalau dah macam tu, sampai bila pun tak leh nak berubah. Macam-macam alasan yang diberi. Memang perubahan itu perlukan pengorbanan. Tapi tak bermakna kita perlu lari dari menghadapi nya. Takut perlu berkorban.

Tuesday, July 5, 2011

Maafkan aku wahai sahabat.

Sahabat..


Maaf seandainya aku tidak lagi mampu melayanmu seperti dahulu..
Maaf seandainya aku tidak lagi mampu bergelak ketawa bersama mu...
Maaf seandainya diri ini tidak lagi mampu mendengar butir bicara mu..
Maaf seandainya aku tidak lagi mampu mendengar luahan hati mu...
Maafkan aku seandainya aku tidak lagi mampu memberi kata-kata semangat buatmu..

Kerana aku bukan lagi seperti dulu...
Ada hijab diantara kita..
Yang selama ini kita tidak sedar..
Dan tidak pernah ambil peduli...

Aku doakan suatu hari nanti...
Engkau akan bertemu sahabat sejati...
Yang mampu membuat dirimu gembira lagi..
Dan mampu membuat dirimu dihargai lagi...
Semoga engaku bertemu sahabat yang sejenis dengan mu...
Agar dirimu mampu tersenyum lagi...
Dan melupakan diriku dan kenangan yang lalu....



Monday, July 4, 2011

Aurat Wanita Yang Perlu diketahui...


Aurat perempuan yang merdeka:

Aurat perempuan yang merdeka (demikian juga khuntha), di dalam sembahyang, ialah 
apa yang lain daripada mukanya dan dua tapak tangannya yang zahir dan batin hingga pergelangan tangannya. Muka dan dua tapak tangannya, zahir dan batin, hingga pergelangan tangannya bukanlah aurat dalam sembahyang. Yang lain daripada ini, semuanya dikira aurat, di dalam sembahyang, hatta rambutnya dan batin tapak kakinya. Bagi tapak kaki, memadailah ditutup dengan bumu atau lantai ketika berdiri. Namun, jikalau kelihatan tapak kakinya atau tumitnya ketika ruku'nya atau sujudnya, maka batal lah sembahyangnya. Inilah juga auratnya ketika dalam ihram haji dan umrah.

Aurat perempuan yang merdeka di luar sembahyang:

Dihadapan lelaki ajnabi atau bukan mahramnya, maka sekalian badannya. Ertinya termasuklah kedua tapak tangannya, zahir dan batin, dan termasuklahkedua tapak kakinya, zahir dan batin. Maka sekalian badannya wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan lelaki yang ajnabi itu. Tiada harus dibuka muka dan tapak tangannya, ketika untuk menjadi saksi atau selainnya, melainkan kerana dharurat.

BEBERAPA PERKARA YANG PERLU DIPERHATIKAN:

  • Menurut Qawl yang sah, atau yang paling nyata, atau yang mu'tamad di dalam MADZHAB SHAFI'IYY, nisbah pada pandangan lelaki ajnabi, seluruh badan perempuan yang merdeka itu adalah aurat, hatta rambunya dan kukunya yang telah dipoting atau bercerai daripada badannya.
  • Menurut MADZHAB SHAFI'IYY juga, qadam atau tapak kaki wanita itu juga wajib ditutp daripada pandangan lelaki ajnabi. Ia boleh menutupnya dengan memakai sarung kaki, atau dengan memakai kain atau baju yang labuh, sekiranya-kira menutup tapak kakinya itu. Meskipun Syari'at Islam melarang seseorang lelaki daripada memakai seluar, kain atau baju yang labuh sampai menutup kedua buku lalinya, namun Syari'at ini memberi rukhsah atau keizinnan bagi kaum perempuan memakai pakaian yang labuh sekadar menutup kedua tapak kakiny
SUMBER: Kitab al-Hijab susunan Wan Muhammad bin Wan Muhammad 'Ali.