Monday, July 4, 2011

Aurat Wanita Yang Perlu diketahui...


Aurat perempuan yang merdeka:

Aurat perempuan yang merdeka (demikian juga khuntha), di dalam sembahyang, ialah 
apa yang lain daripada mukanya dan dua tapak tangannya yang zahir dan batin hingga pergelangan tangannya. Muka dan dua tapak tangannya, zahir dan batin, hingga pergelangan tangannya bukanlah aurat dalam sembahyang. Yang lain daripada ini, semuanya dikira aurat, di dalam sembahyang, hatta rambutnya dan batin tapak kakinya. Bagi tapak kaki, memadailah ditutup dengan bumu atau lantai ketika berdiri. Namun, jikalau kelihatan tapak kakinya atau tumitnya ketika ruku'nya atau sujudnya, maka batal lah sembahyangnya. Inilah juga auratnya ketika dalam ihram haji dan umrah.

Aurat perempuan yang merdeka di luar sembahyang:

Dihadapan lelaki ajnabi atau bukan mahramnya, maka sekalian badannya. Ertinya termasuklah kedua tapak tangannya, zahir dan batin, dan termasuklahkedua tapak kakinya, zahir dan batin. Maka sekalian badannya wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan lelaki yang ajnabi itu. Tiada harus dibuka muka dan tapak tangannya, ketika untuk menjadi saksi atau selainnya, melainkan kerana dharurat.

BEBERAPA PERKARA YANG PERLU DIPERHATIKAN:

  • Menurut Qawl yang sah, atau yang paling nyata, atau yang mu'tamad di dalam MADZHAB SHAFI'IYY, nisbah pada pandangan lelaki ajnabi, seluruh badan perempuan yang merdeka itu adalah aurat, hatta rambunya dan kukunya yang telah dipoting atau bercerai daripada badannya.
  • Menurut MADZHAB SHAFI'IYY juga, qadam atau tapak kaki wanita itu juga wajib ditutp daripada pandangan lelaki ajnabi. Ia boleh menutupnya dengan memakai sarung kaki, atau dengan memakai kain atau baju yang labuh, sekiranya-kira menutup tapak kakinya itu. Meskipun Syari'at Islam melarang seseorang lelaki daripada memakai seluar, kain atau baju yang labuh sampai menutup kedua buku lalinya, namun Syari'at ini memberi rukhsah atau keizinnan bagi kaum perempuan memakai pakaian yang labuh sekadar menutup kedua tapak kakiny
SUMBER: Kitab al-Hijab susunan Wan Muhammad bin Wan Muhammad 'Ali.

No comments:

Post a Comment