Sunday, January 23, 2011

Monday, January 3, 2011

Tujuan Manusia Dijadikan....

Sebagaimana yang kita tahu. Kalau ditanya pada seorang yang beragama Islam.
" Apa tujuan Allah jadikan manusia di muka bumi?"
sudah tentu jawapanny:
"Allah jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi"
Tetapi, adakah kita betul-betul faham dengan makna khalifah??Adakah hanya itu tujuan kita dijadikan. Apabila kita tidak tahu dan tidak faham tujuan kita dijadikan, maknanya kita tidak tahu dan tidak faham tujuan hidup kita. Kita dijadikan di atas muka bumi ini dengan DUA tujuan. dan kedua-duanya adalah amanah ALLAH kepada kita.

DUA tujuan itu adalah:
  1. Sebagai hamba Allah.
 Untuk menyempurnakan amanah ini, kita perlu lakukan pula TIGA perkara: 
  • Menjalankan IBADAT KHUSUS 
  • Menjalankan IBADAT UMUM
  • dan Menjalankan IBADAT SUNAT
Apa pula yang dimaksudkan dengan IBADAT KHUSUS, IBADAT UMUM dan IBADAT SUNAT??
IBADAT KHUSUS ialah kita melaksanakan ibadat seperti yang terdapat dalam RUKUN IMAN dan RUKUN ISLAM.
IBADAT UMUM pula adalah kita mempelajari ilmu ALLAH. Yakni, ilmu FARDHU KIFAYAH.
Manakala IBADAH SUNAT adalah ibadat yang kita perlu lakukan untuk menutup cela dalam IBADAT KHUSUS kita.
Maka, setelah kita melaksanakan ketiga-tiga IBADAT tersebut, maka, kita telah sempurnakan amanah pertama ALLAH kepada kita.
 Tapi jangan lupa tujuan kedua kita dijadikan iaitu juga merupakan amanah kedua ALLAH kepada kita iaitu:
 2. Menjadi khalifah di muka bumi.
Menjadi khalifah beerti kita perlu melaksanakan peranan untuk mendaulatkan hukum ALLAH di seluruh peringkat masyarakat bermula dari diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia antarabangsa dengan efektif dan efisien.
Dengan itu, barulah kita mampu melaksnakan amanah ALLAH untuk memberi kebaikan kepada diri kita, manusia di sekeliling kita dan alam persekitaran seluruhnya.