Saturday, December 28, 2013

berhabukkk

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak update blog ni. N dah lama gak tak bukak blog. Nasib baik ingt lagi password. huhu.
Last entry sal bersalin kan. Sekarang uwais dah masuk lima bulan dah. Baru nak post entry baru. Sekarang balik perak. so, senangla nak online sebab kat sini ada internet. Kalau kat kelantan, boleh online guna handphone jela. Tu pun lau nak cari resepi.huhu. Boring masak benda sama. Kena cari resepi la.

Memang cepat masa berlalu, uwais dah 5 bulan. Dah besar dah anak ummi wa abi. Entah bila la dia membesar. Rasa macam dia kecik lagi. Patutla ibu bapa nih,walaupun anak dah dewasa, tetap rasa anak kecik lagi. Sekarang baru tahu perasaan seorang ibu, isteri dan suri rumah.

Sekarang kalau dengar ceramah pasal ibu bapa, baru tahu macam mana perasaan ibu bapa. N baru tau jugak persaan mak. Kena fikir menu apa nak masak setiap hari. Walaupun zauj selalu kata tak apa masak apa pun, still rasa tak puas lau nak hdang benda sama je kat dia. huhu

Walaupun sekarang dah konvo, rasa malas nak keje. Rasa macam nak dok kat umah je. Jaga anak n zauj. Tapi tulah, kesian kat zauj ana nak kena tanggung perbelanjaan. Sekarang ni dah la perbelanjaan tinggi. Apatah lagi bila ada anak ni. Planning nak berniaga online. Tapi xstat pun lagi. huhu..

TAk taw dah nak taip apa sebenarnya. Saja nak update blog ni...huhu




Friday, August 30, 2013

Pengalaman bersalin..... (part 2)

Assalamualaikum........

Alhamdulillah, sudah hampir sebulan pengalaman ini berlalu. Anak kami sudah pun hampir sebulan umurnya...
Kami telah namakan putera kami dengan nama seorang lelaki yang pernah hidup dizaman Rasulullah namun tidak pernah berjumpa dengan baginda iaitu MUHAMMAD UWAIS AL QARNI BIN MUHAMMAD SHARIZAL. Uwais al Qarni adalah seorang lelaki yang sangat taat kepada ibunya dan sangat mencintai baginda Rasulullah. Dengan harapan putera kami juga memiliki sifat beliau, kami telah menamakan putera kami dengan nama beliau. Uwais bermaksud pemberian manakala al qarni adalah panggilan atau gelaran untuk beliau sempena nama suatu tempat.

Entry kali ini adalah untuk menyambung entry ana yang lalu tentang pengalaman ana melahirkan uwais.

30 Julai 2013:

Pada hari tersebut, pagi-pagi lagi nurse telah meminta ana untuk mandi kerana katanya doktor akan datang pada jam 6.30 pagi untuk memasukkan ubat ke dalam rahim ana. Usai solat subuh, ana membersihkan diri dan menyiapkan diri fizaikal dan mental untuk dimasukkan ubat. Ana berdoa semoga ianya tidak sakit.

Ana menuggu kehadiran doktor di katil. 7.30 pagi barulah doktor datang dan ana bersama 3 orang yang lain diminta ke bilik pemeriksaan. Ana memilih untuk jadi orang terakhir yang memasuki bilik tersebut. Setibanya giliran ana, ana menarik nafas dalam sambil berdoa semoga ianya tidak sakit dan berharap doktor perempuan yang melakukannya. Alhamdulillah, doktor perempuan yang melakukan prosedur tersebut. Prosesnya agak sakit tapi ana masih mampu bertahan. Setelah selesai, ana dibawa balik ke wad oleh nurse menggunakan kerusi roda dan ana tidak dibenarkan bangun dari sama ada berdiri atau duduk selama 3 jam selepas ubat tersebut dimasukkan kerana khuatir kesan ubat tersebut hilang.

Masuk tengah hari, ana masih belum merasa apa-apa. Masih tidak ada rasa sakit atau tanda-tanda nak bersalin. Tengahari itu, denyutan jantung bayi terus dipantau. Alhamdulillah, denyutan baby dalam keadaan baik. Namun, ana masih belum rasa sakit. Pada jam 2.30 ptg, nurse datang memanggil ana umtuk memasukkan dos ke 2 kerana ana masih belum ada tanda-tanda nak bersalin. Setelah doktor memasukkan dos ke 2, sekembalinya ana ke katil, ana berasa sakit pada rahim. Memulas-mulas. Ana mula berfikir, inikah contraction. Sakit itu datang tiba-tiba dan datang 4 minit sekali. 

Sakit itu semakin kuat, pada jam 8.30 malam, doktor memeriksa laluan dan bukaan masih 2 cm. Semakin lama ana makin sakit. 

31 Julai 2013:

Ana tidak boleh tidur. Lebih kurang jam 1 pagi, nurse yang bertugas perasan yang ana dalam kesakitan. Beliau meminta ana ke bilik pemeriksaan sekali lagi untuk memeriksa laluan. Alhamdulillah, laluan telah terbuka 4 cm. Ana sudah boleh dibawa ke labour room. Nurse meminta ana menghubungi zauj dan keluarga. Dan mengambil kelengkapan bayi untuk dibawa ke labour room.

Di labour room, ana diminta untuk menukar pakaian lain. Setelah itu, air ketuban ana di pecahkan dan doktor turut membuang air kencing dari pundi kencing menggunakan tube. Denyut jantung bayi terus dipantau. Sakit yang datang semakn teruk. Sampaikan ana menangis sendiri. Alhamdulillah nurse yang bertugas sangat baik. Beliau menawarkan ana selimut dan selimutkan ana kerana keadaan di labour room tersebut sangat sejuk. Beliau turut menawarkan ubat tahan sakit kerana ana kelihatan sangat sakit. Ubat tersebut di cucuk dan ana berasa sangat mengantuk. Namun semasa sakit itu datang ana tersedar dan menarik nafas dalam menahan sakit dan mengantuk kembali.

Pada jam 3 pagi ana tidak boleh tahan lagi sakit yang ana hadapi. Ana merayu kepada nurse supaya memerksa laluan dan bukaan hanya baru 6 cm. Ana perlu terus menahan sakit sehingga bukaan cukup 10 cm. Pada jam 6.30 pagi, ana betul-betul tidak tahan dan rasa ingin membuang besar dan meneran. Ana merayu sekali lagi kepada nurse untuk memeriksa laluan. Nurse meminta ana menuggu doktor memeriksa laluan pada jam 7.45 pagi. Namun ana sudah tidak sanggup menunggu. Ana terus merayu dan akhirnya Nurse tersebut menurut kerana kesiankan ana yang kesakitan. Pada waktu itu bukaan sudah 9 1/2 cm. Katanya ana masih tidak boleh meneran kerana bukaan perlu cukup 10 cm, kalau ana meneran sekarang mungkin ana akan terkoyak teruk. Ana terus menahan. Pada jam 7 pagi, doktor datang ketempat ana untuk mengambil barang dan kerana melihat keadaan ana, beliau bertanya sama ada ana sudah tidak tahan dan ingin buang air besar.

Setelah itu beliau terus memeriksa laluan dan beliau mngatakan bahawa ana sudah boleh meneran. Nurse terus membuat persiapan bersalin dan ana telah diminta untuk meneran. Setelah hampir sejam ana berhempas pulas, bertarung untuk mengeluarkan bayi dari rahim ana, Alhamdulillah, pada jam 7.55  pagi, kedengaran suara bayi menangis. Seorang bayi lelaki telah selamat dilahirkan dan anak ana terus diletakkan di atas perut ana. Waktu itu ana menangis kerana bersyukur. Benarlah seperti yang dikatakan, hilang segala sakit setelah melihat anak kita sendiri. 

Setelah anak ana dibersihkan dan diberikan kepada abinya untuk di azan dan iqamat, anak ana dibawa kepada ana untuk disusukan untuk kali pertama. Dengan bantuan nurse, ana berjaya menyusukan anak ana dengan baik. Kagum kerana bayi yang baru sahaja lahir ini sudah pandai menghisap susu. Sekali lagi ana menangis. Setelah selesai dijahit ana dibawa kembali ke wad. Dalam perjalanan, zauj dan keluarga sudah menunggu di luar...Terasa ingin menangis dan memeluk zauj sekuat nya saat melihat zauj. Zauj memegang tangan ana dan mengucapkan tahnia. Terharu sangat. 

Inilah Uwais Al Qarni buah hati abi wa ummi....







Wednesday, August 21, 2013

Pengalaman bersalin... ( part 1)

Assalamualaikum............

Pada 29hb Julai 2013:

Ana ada temu janji dengan doktor pakar di Hospital Taiping. Ana ke sana ditemani oleh zauj dan juga mak mertua ana. Lebih kurang 3 jam kami menunggu sebelum dapat berjumpa dengan doktor tersebut. Suami ana juga turut sama masuk ke dalam bilik doktor tersebut. 

Kandungan ana di scan untuk memastikan keadaan kandungan ana. Pada waktu tersebut kandungan ana sudah masuk 38 minggu. Semasa di scan, doktor turut menerangkan kepada kami tentang keadaan ana dan kandungan. Mengikut doktor, kuantiti air ketuban ana adalah kurang. Beliau menyarankan ana di 'induce'. Beliau juga bagitau bahawa ana perlu di tahan di wad sehingga ana bersalin. Ana diminta untuk terus ke wad setelah berjumpa doktor tersebut. Masa tu Allah je yg tahu perasaan ana. Tak sangka akan di 'induce'. Dan akan di tahan wad pada hari tersebut. Dan kemungkinan ana akan bersalin keesokkan harinya. Masa tu rasa nak nangis pun ada sebab apa yang berlaku terlalu cepat dan ana rasa ana belum bersedia fizikal dan mental untuk bersalin.

Alhamdulillah zauj ana masuk ke bilik doktor tersebut. Ana pegang kuat tangan zauj. Zauj juga sama. Ana tahu dia cuba menenangkan isterinya. Zauj meminta untuk pulang dahulu dan daftar ke wad pada petang itu supaya kami sempat menyediakan kelengkapan ana dan baby yang perlu dibawa ke hospital.

Keluar dari bilik doktor,  mak mertua ana terus bertanya apa yang berlaku. Pada mulanya beliau tidak percaya ana akan ditahan wad pada petang itu juga. Namun setelah ana terangkan apa yang doktor bagitau dan tunjuk padanya surat arahan masuk wad, barulah beliau percaya.

Petang itu, ana berdaftar di wad bersalin. Waktu itu agak lewat kerana kami sampai ke hospital hampir-hampir waktu berbuka. Zauj dan mak mertua ana tidak dibenarkan menghantar ana ke wad. Hanya nurse yang menghantar ana ke wad. Sedih sewaktu berpisah dengan zauj dan mak mertua ana masa tu.

Sampai di wad, ana dihantar ke katil yang disediakan. Katil no. 27. Ana tidak terlalu kekok berada di wad kerana sudah biasa masuk wad. Nurse memberikan ana sepasang baju pink. Baju yang perlu dipakai oleh setiap pesakit. Setelah ana menyalin pakaian, ana berbuka puasa dengan hanya sebiji kurma dan minum teh. Setelah itu ana terus solat maghrib. Selesai sahaja solat maghrib, semasa ana berjalan pulang ke wad dari surau, ana ditahan oleh seorang doktor india. Beliau meminta ana ke sebuah bilik. Diluar bilik tersebut tertulis 'BILIK PEMERIKSAAN'. Kata doktor tersebut, beliau nak buat VE iaitu check laluan. Ana teringat balik apa yang pernah ana baca dari blog2 tentang pengalaman bersalin. Ada yang kata sakit, ada yang kata tak. Ana fikir VE ni sama saja dengan waktu ana kena waktu ana keguguran dulu. So, ia membuatkan ana lebih bertenang. Tapi, hakikatnya, ianya berlainan. Agak sakit. Doktor india tersebut kata bukaan laluan ana dah 2 cm. Owh!!! itulah respon ana. Tak sangka dah ada bukaan walupun sikit.

Setelah selesai diperiksa, ana pulang ke wad. Belum lagi sampai ke katil, ana sudah diminta ke sebuah katil di hujung wad untuk memeriksa jantung baby. Ana terus ke katil tersebut dan menunda dahulu niat untuk mengisi perut yang sudah mula berbunyi. Kejap je kot....fikir ana sambil berjalan ke katil tersebut. Ana di minta bebaring telentang dan nurse memasang alat tersebut di perut ana. Tunggu punya tunggu. Bila la nak selesai....Punya la lama rupanya. Alahai. Perut mula berkeroncong, dan belakang mula lenguh. Ana dah lama tak baring terlentang semenjak baby semakin membesar sebab terasa lenguh d belakang.

Setelah selesai memeriksa jantung baby, barulah ana berpeluang ke katil dan menikmati makanan yang telah dibeli oleh zauj dan mak mertua ana petang tadi untuk ana berbuka puasa. Masa tengah makan, sempat lagi doktor india tadi datang dan meminta 2 minit dari ana untuk mengambil darah ana. Ana dah agak dah.. kalau kat wad memang selalu ada ganguan. Malam tersebut, ana sempat menunaikan solat terawikh terakhir ana pada Ramadhan kali ini dan hari itu adalah hari terakhir ana berpuasa...

Akan bersambung..... =)

Saturday, July 27, 2013

Best Jalan-jalan..he

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah...hari ni ana n family zauj keluar ke Pulau Pinang. Kami pergi melawat salah seorang mak saudara zauj ana yang baru lepas di operate kerana kolestrol tersumbat d jantung. Kami panggil dia Mak Nor. Seronok sembang dengan beliau. Alhamdulillah, beliau semakin sihat dan sudah mampu berpuasa. Cuma still kena telan ubat yang sangat banyak. Beliau disahkan menghidap kencing manis. Kesian. Muda lagi orang nya. Lawa lagi. Tapi tu la kan. Penyakit nak datang tanpa kita sedar. Alhamdulllah beliau awal ke hospital. Kalau lambat-lambat mungkin buruk akibatnya. Semoga beliau akan terus sihat dan semakin sihat. Amin...

Sebenarnya, dah lama ana tak keluar rumah. Semalam pun keluar ke Parit Buntar je semata-mata nak beli Pizza untuk berbuka sebab ana yang teringin nak makan Pizza. hehe.. Zauj n mak mertua ikutkan saja. Sampai-sampai kat sana, teringin plak nak minum cool blog. Nasib baik jumpa kedai cool blog tu. Kitorang sampai kat rumah semalam hampir-hampir nak berbuka.huhuh

Hari ni plak, lepas pegi melawat Mak Nor tu, kami pergi berjalan-jalan sambil shopping kat Mydin kat Bukit Jambul. Penat betul berjalan dalam Mydin tu. Penuh troli barang-barang yang di beli. Antaranya, barang-barang dapur, barang nak raya n barang kelengkapan bapa mertua ana yang nak berangkat ke London besok.huhu.. Rasa nak tercabut pinggang ni. Baby plak, ummi berjalan banyak ari ni, dia pun 'berjalan' dengan aktifnya juga dalam tummy ummi. huhuh

Sampai kat rumah tadi dalam kul 2.30 ptg. Lepas je solat zohor ana terus rebahkan diri atas katil n tido tak sedar dunia sampai kul 5. Sampai tak tolong mak mertua masak kat dapur.huhuh.. Teruk punya menantu. Harap-harap mak faham. hehehe... Ana kan ibu mengandung. hehe...ambik kesempatan. Tapi tdo tadi memang tak sedar apa sampai la asar zauj ana kejutkan ana sebelum beliau ke surau. Ana cepat-cepat bangun sebab nak cover muka baru bangun tido. yela, lepas solat asar kami buat tadarrus bersama mak mertua ana. Malu la kalau mak tengok muka basi menantu dia ni.hehehehe


Ni lah dia gambar Mydin kat Bukit Jambul hasil ehsan en Google. Ana tak sempat la nak ambik gambar ni sume.hehehe

Thursday, July 25, 2013

Persiapan baby...=)

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, kita masih di beri kesempatan untuk meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ni. Alhamdulllah juga kita masih diberi peluang oleh Allah untuk berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. 

Sepanjang bulan Ramadhan yang berlalu ni, ana tak berpeluang menunaikan solat sunat terawikh kat surau. Walaupun surau hanya kat depan rumah. Ana cuma buat solat sunat terawikh di rumah sahaja sebab keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Ana bukan la sakit. Cuma sejak sarat mengandung ni ana tak boleh berdiri lama n asyik pitam. So, ana minta kebenaran dari zauj untuk berada di rumah sahaja walaupun zauj galakkan ana ke surau. Ana tak nak ambil risiko. Tambahan pula sakit belakang ana makin menjadi-jadi. Kalau buat sendiri kat rumah, boleh la ana rehat-rehat dulu sebelum sambung rakaat yang seterusnya tu. Apa-apa pun ana bersyukur sebab masih mampu buat solat sunat terawikh di rumah walaupun lambat-lambat n penat sikit.

Btw, Hari ni ana dapat panggilan dari Klinik Kesihatan Bagan Serai. Mereka minta ana g ambik surat appointment dengan doktor pakar di Hospital Taiping. Hari Isnin ni appointment tu. Kesian kat zauj kena tinggal keje sehari sebab nak temankan ana ke hospital. Walaupun ana dah bagitau kat dia ana boleh g dengan kakak ipar n mak mertua je. Tapi dia berkeras gak nak ikot sama. Ana cakap je sebenarnya, padahal, ana pun tak sanggup nak ke sana tanpa dia. hehehe. Mana taknya, sepanjang ana pregnant ni, semua appointment dengan doktor atau check up biasa kat klinik, semuanya dia ada. hehe.

Sebenarnya entry ni nak cite pasal persiapaan menyambut baby yang bakal lahir ni, tapi dah melalut cite pasal laen plak. huhuhu. Kitorang beli barang-barang baby sebelum puasa lagi. Yela, ni kan cucu sulong kat sini. Semua benda tak ada. Semuanya kena beli baru. Barang-barang ni plak kna shopping awal sebab takut ana tak larat nak kluar shopping masa puasa. Memang pun! Masa tak puasa pun tak larat. Masa puasa apatah lagi. 

Ni antara barang-barang yang kami beli. Kami beli yang penting-penting dulu. Barang-barang yang nak di bawa ke hospitak khususnya. Masa gi shopping barang-barang baby ni, excitednya!!Tak payah cakap la. Semua org pun excited n pening nak memilih.huhuhu


Ni adalah sarung kaki n sarung tangan baby. Comel-comel sume nya. Geram sangat taw!!!



Ni plak topi sepasang dengan sarung tangan n sarung kaki. Mak mertua ana kata sesuai nk di pakai masa nak check up baby kat klinik n masa nak keluar hospital nanti. Comel kan?




Ni antara baju baby yang newborn punya, Yang nak bawa gi hospital. Ada lagi baju lain. Malas nak ambik gambar. Hhehe.



Ni plak wet tissue. Guna untuk bersihkan baby la nanti.hehehe


Yang ni mesti semua orang tahu. heheh. Saiz newborn. Tecik jer. Comel bangat!!!!


Ni barang-barang yang dah siap pack dalam beg untuk dibawa ke hospital. Kena la siapkan awal-awal. Kot-kot baby nak keluar awal. Tak sabar nak jumpa umi n abi dia.hehhehe


Last sekali, ni beg baby yang nak di bawa ke hospital. Di sponsor oleh adik ipar ana aka bakal auntie.hehehe. Ni beg baby jer, beg umi yang lain plak.huhu

Tu jela gambar-gambar yang boleh diambil. Lain-lain barang pun ada beli jugak cam tilam, kelambu n lain-lain.

Bila tengok barang-barang baby, lagi tak sabar nak tunggu anak umi ni keluar. Tak sabar nak guna sume barang-barang ni.

Semoga semuanya selamat. InsyaALLAH...=)

Tuesday, July 23, 2013

Ntah pe2...

Assalamualaikum....

Sekarang makin rajin nak update blog nih. Bukan apa, boring. Bukan ada keje pun. Asyik berehat jer. Em, masih lagi story sal my pregnancy. Mulut ana kata tak nak fikir dah bila baby ni nak keluar. Tak nak menunggu-nuggu. Tapi, hakikatnya, ana tak boleh nak control perasaan sendiri. Apatah lagi bila online je fb, tgok gambar-gambar baby. Ala............tak sabarnya nak ada baby jugak. Menghitung hari dan minggu juga lah.

Hari ni baru jer hari selasa. Lambatnya minggu ni nak berlalu. hehehe. Masalah juga bila tak ada keje nak buat kan. Kalau sebelum nh, masa study tak pe lah. Seminggu tu cepat jer berlalu. Tambah-tambah bila ada assignment nak kena hantar and masa buat thesis dulu. huhuhu

emmmmmmmmm.....cepat la masa berlalu... Nak tgok baby...nak balik Kelantan.....

Monday, July 22, 2013

Alahai anak umi.........................

Assalamualaikum....

Sudah hampir separuh dari bulan Ramdhan berlalu. Begitu cepat masa berlalu. Petang tadi selepas zauj balik keje n berehat sebentar, ana bersama-sama zauj, mak mertua dan kakak ipar pergi ke klinik untuk check kandungan ana. Sepatutnya besok tarikh temujanjinya, tapi, kerana mak mertua ana tak sabar n risau sebab ana selalu mengadu sakit pinggang, kami pergi juga hari ni. Bila nurse tanya, kenapa datang hari ni sedangkan tarikh dalam buku kata esok, ana bagi alasan ana ada hal besok. huhuhu

Setelah di periksa, seperti yang selalunya yang di ungkit, masalah baby ana kecik dari umur sebenarnya. Sepatutnya, dia dah masuk 37 mnggu, tapi, saiznya baru saja 35 minggu. Ana di minta berjumpa doktor n doktor kat klinik tu kata dia tak boleh buat apa sebab masa kat Kelantan ari tu, kes ana nih dah dibawa ke doktor pakar, so, kat sini pun ana kena refer kat doktor pakar kat Hospital Taiping.

Doktor kat klinik tu akan hubungi ana untuk maklumkan tarikh temujanji dengan pakar nanti. Ana dah tak larat dah sebenarnya. Asyik kena gi klinik n hospital je. Sebelum ni ana letak harapan juga dan selalu fikir baby dalam perut ni akan keluar awal n kalau ikutkan jangkaan doktor dari swasta ari tu, katanya masa 37 minggu mungkin ana akan bersalin. Lagi besar la harapan ana, zauj n keluarga zauj ni. Yela, masing-masing dah tak sabar nak jumpa ngn si kecil ni.

Tapi, bila banyak masalah mcam ni, ana jadi dah malas nak fikir. Biarlah Allah yang tentukan bila dia nak keluar. N dia pasti akan keluar juga kan. Jadi tak perlulah ana nak fikir teruk-teruk sal bersalin ni. Ana serahkan saja. Kita tunggu dan lihat je la bila dia nak keluar. Masa akan berlalu dengan pantas nya. 9 bulan berlalu pun kejap je. Ni kan 3-4 minggu lagi.  Sabar itu separuh dripada iman. So, bersabar je la kan. Yang penting, anak umi sihat n selamat sama ada dalam perut umi atau masa keluar nanti.


Friday, July 19, 2013

Ramadhan

Assalamualaikum....

Cepatnya masa berlalu. Hari ni dah pun masuk 11 Ramadhan. Pejam celik, pejam celik, dah 11 hari kita berpuasa dan alhamdulillah ana masih mampu menjalankan ibadah puasa walaupun dah makin sarat. Tahun ni ana berpuasa di rumah mertua. Dah 2 minggu ana berada di Perak. Mungkin tahun ni pun beraya di sini. Perancangan asal lain, tapi semua nya berubah. Yela, kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan...tak gitu...

Asalnya ana cuma nak balik berpuasa kat sini 2 minggu je dan lepas tu nak habiskan puasa kat Kelantan. Nak raya pertama kat sana. Pastu balik Perak balik untuk bersalin kat sini. Tapi, segalanya berubah bila keluarga zauj ana ajak gi klinik swasta baru-baru ni untuk check jantina baby asalnya. Tapi, bila scan, doktor kata uri ana ada masalah sikit. So, ana mungkin bersalin awal dari tarikh due. Due ana sebenarnya 13/8/2013 masa kandungan 40 minggu. Tapi, doktor kata, ana mungkin bersalin masa 37 minggu dan tak digalakkan travel jauh-jauh.

So, cancellah perancangan nak balik beraya kat kelantan. Semua orang tak bagi ana balik takut ada effect kat baby. Ana pun takut jugak...Isnin ni, kandungan ana dah masuk 37 minggu. semua tak sabar menunggu kehadiran si ke cil ni. Ana pun! Tapi, takut pun ada. hehe. Normal la tu kan.

Sepanjang berpuasa ni, Alhamdulillah tak ada apa-apa yang berlaku. Cuma ana memang tak boleh skip sahur la. Masa sahur kena minum susu + nestum dan juga kurma. Tu benda wajib. Tapi kadang-kadang teringn nak makan nasi goreng la. Roti + telur la. Tapi ana segan juga nak mengatur mak mertua ana. So, ana diamkan jela. Kalau setakat roti + telur tu, boleh la mintak sebab rasa tak berat sangat. 

Hari-hari ana rindu nak balik Kelantan. Nak makan masakan Kelantan, masakan mak ana khususnya. Bestnyer!!! Nak makan 'colek' malam-malam dengan mak. Mesti best. Hari-hari juga ana akan merengek kat zauj macam budak kecik.. Minta nak balik Kelantan. Kalau tak minta nak balik pun, ana minta makanan yang ada kat Kelantan je. Contohnya kuih Akok. huhuhu. Kadang-kadang mnta nasi goreng yang mak ana buat kat die. huhuhu. Zauj pun tak tahu nak buat apa n nak kata apa. Bersabar jela dengan zaujah dia ni. 

Tapi, kalau apa-apa yang ana nak makan yang memang ada kat sini atau mak mertua ana boleh buat, memang ana akan dapat. huhuhu. Mak mertua ana pun layan jela menantu dia ni. huhuh.. Alhamdulillah, dapat mertua penyayang. huhu

Emmmm....tak sabar rasanya nak bersalin. Ada plak mcam tu kan? Yela, kadang-kadang tak larat dah. Sakit pinggang, tak payah cakap la. macam nak tercabut pinggang nih. Kalau nak tido tu, punya la susah. Tergolek sana, tergolek sini. Kadang-kadang kesian kat zauj sebab selalu gangu dia tido. Tapi tu la, kena sabarla demi si anak.

Harap-harap semuanya akan berjalan lancar dan urusan ana di mudahkan oleh Allah masa nak bersalin nanti. 

Amin......

Friday, June 28, 2013

Merepek...=)

Assalamualaikum......

Alhamdulillah...Dah habis 4 tahun belajar kat UMK. Pagi ni, bila buka fb. Ada kawan-kawan yang dah mula mencari kerja. Hebat! Mungkin mahu mengisi masa dan mencari pengalaman. Tak kurang juga nak isi poket sendiri. Yelah, duit PTPTN dah tak ada kan.huhu.

Ana pulak, tak puas lagi berehat. hehehe. Rehat memang selalu tak cukup rasanya sekarang ni. Mana tak nya, HAri-hari mengadu sakit pinggang kat zauj n mak. Al- maklumlah, sekarang dah 8 bulan 1 minggu anak ummi membesar dalam rahim ummi. Sekarang kalau dia bergerak.. sakit pulak rasa, Dah besar rupanya anak ummi. Tak lama lagi nak jumpa ummi, abi n family lain.

Dalam keadaan macam ni, memangla ana tak terfikir pun lagi nak cari kerja. Tak larat. Nanti, lepas bersalin, nak fikir sal baby plak. Mungkin bagi sesetengah orang, rasa rugi. yelah, dah 4 tahun belajar. Tapi tak boleh cari kerja sebab fikir suami dan anak. Tapi, bagi ana, tak rugi pun. Untung ada la. Muda-muda dah ada anak. Tak sabar rasanya nak tunggu waktu boleh lihat n peluk anak ummi. Ada kurang 2 bulan lagi.

Gud Luck pada sahabat-sahabat yang dah mula mencari kerja. And gud luck untuk diri sendiri menanti masa nak bersalin.huhu. Nervous jugak la. Dengar cerita orang je. Tak lama lagi diri sendiri pulak nak hadapi. Orang kata sakit. Memangla, ingat senang ke nak keluarkan satu nyawa baru. Tapi tulah kelebihan orang perempuan yang lelaki takkan pernah rasa.

Dah lama tak update blog, hari ni je terfikir nak merepek kat sini. huhuhu...