Thursday, April 14, 2011

Ujian Itu Tanda KasihNya...

Dalam melalui hidup dalam dunia yang serba indah dari ciptaanNya, ujian seringkali menjengah. Melemahkan semangat yang ada. Menggugat iman yang sedia rapuh. Setiap manusia berbeza ujian yang ditimpakan olehNya. Ada yang diuji dengan harta kekayaan. Ada yang diuji dengan kefakiran. Ada yang diuji dengan kecantikan dan tarikan diri. Ada pula yang diuji dengan kekurangan diri. Semuanya sesuai dengan diri manusia itu. Allah tahu kita mampu menghadapainya. Hanya kita yang perlu tetapkan diri. Mahu melawan dan menempuhnya dengan sabar dan tabah. Atau mencari jalan singkat untuk melepaskan tekanan hati dan jiwa dalam diri melalui maksiat dan tenggelam dalam indahNya dunia ini. Dan melupakan negeri akhirat yang kekal abadi.

Kadangkala kita lupa untuk memandang indahnya ujian yang diberikan. Mungkin penghujung ujian itu tidak berakhir dengan indah dan penuh warna warni. Kadangkala, akhirnya ujian itu dengan cahaya kelam dan gelap. Tapi! Dipertengahan ujian itu, tidakkah kita memikirkan. Ada sinar cahaya yang begitu terang. Menerangi hidup kita yang kelam. Mengingatkan apa yang kita lupa. Membuatkan kita berasa nikmatnya ujian itu.

Aku juga pernah diuji. Dengan pelbagai ujian. Dulu, aku sering mengeluh atas setiap ujian yang menimpa. Kadangkala, ada juga aku memilih jalan singkat, menurut kehendak nafsu dan hasutan syaitan untuk meleraikan masalah dan tekanan yang ada. Aku tidak pernah memandang ujian itu benar ada hikmahnya. Apatah lagi jika penghujung nya bukanlah 'happy ending'.

Tapi kini, aku berasa indahnya ujian. Bersama dengan kata-kata semangat dari sahabat dan keluarga yang cintakanNya. Ianya sesuatu perbezaan. Indahnya tak mampu diungkap dengan kata-kata. Terima kasih pada Nya kerana menimpakan ujian itu buat ku. Ujian itu mematangkan diri. Menyedarkan diri untuk terus bermuhasabah. Dan seolah-olah terasa kasih sayang nya.

No comments:

Post a Comment