Friday, April 6, 2018

Pengalaman Bersalin Anak ke 3.

Assalamualaikum.

Dah lama sangat tak update apa2 kat sini. Tapi sebabkan pengalan bersalinkan Uwais dan Humaira aku share kat sini, rasa macam tak adil pulak tak share pasal pengalaman bersalinkan Umar.

Masa aku taip ni, Umar dah pun 9 bulan. Cepatnya masa berlalu.

Aku bersalin kan Umar masa mengandung 38 minggu. Yang lain pun memang bersalin masa 38 minggu. Tapi yang rare sikit pengalaman bersalinkan Umar, masa tu suami aku nak balik Kelantan. Kami tinggal kat Perak.

Sebab ada urusan kerja, suami nak balik kelantan. Aku pulak menggedik nak ikot. Walaupun tau dah sarat sangat dah. Suami pun izinkan je. Aku konfiden sebab suami aku kata balik dua hari je. Tak lama pun. Settle kerja dia, terus balik.

Sampai kelantan, kami tidur kat rumah mak sedara aku kat KB. Hari ke 2 kat sana, suami aku kata tak boleh balik lagi. Sambung sehari lagi kerja dia tak settle. So, tak pelah. Aku ok je. Tapi suami selalu tanya takde rasa sakit ke apa. Ada. Tapi kejap2 je. Aku rasa tu contraction palsu je.

Sebab sebelum tu aku memang ada contraction lagi dasat sebab banyak berjalan. Jadi kalau ada sakit2 tu aku pikir sebab lama naik kereta kot. Hari ke 3 tu, suami aku settle kerja dia. Pagi tu aku dah rasa sakit. Kali ni konsisten.

Aku usha2 jugak gap waktu dan tahap kesakitan tu. Tapi masa nak naik kerata, memang sakit makin bertambah. Aku pikir ish tak lama dah nak bersalin ni. Sampai kat Ayer Lanas, berenti jap rumah Arwah nenek. Abang aku yang stay  kat situ dok tanya aku ok ke tak. Aku jawab la ada sakit2 dah ni. Haha.

Semua gelabah suruh bertolak cepat2. Tapi memang kali ni bukan ujian. Ni contraction betul2 punya. Anak2 pun aku tak boleh nak layan dah. Berenti mandi semua, semua suami aku yang settle kan.

Selalunya kalau balik Perak, kami lalu jalan short cut. 3 jam dah sampai. Tapi sebabkan hari dah gelap dengan aku sakit nak bersalin, dia tak berani lali jalan tu. Sebab jalan tu sunyi spital semua tak de. Jadi dia ikot jalan Kuala Kangsar. Tambah lagi 2 jam. Aduuhhh. Masa tu aku nak cepat sampai je.

Masa isyak kami berhenti solat kat stesen minyak kat kuala kangsar. Masa aku nak ambik wudhuk, cek2 mak aih. Turun darah pulak. Lagi la neves aku ngan suami ni hah. Tambah2 aku ada baca anak ke 2 atau 3 biasanya lagi cepat bersalin. Tambah2 kalau jarak dekat2.

Aku dok berangan sampai hospital bukaan dah 5 cm dah. Malam ni dah selamat bersalin. Sampai rumah masa tu kul 11 malam. Sempat lagi bedal nasi goreng ikan masin malam tu sebungkus. Licin. Pelik gak, selalunya kalau aku sakit nak bersalin, tak lalu dah nak makan. Tapi kali ni lain pulak.

Malam tu jugak kami pi cek in hospital. Sampai sana nurse cek, bukaan baru 1 cm. Aduhhh. Menyesal aku masuk wad malam ni. Mesti lambat lagi bersalin ni. Dah la dalam wad tak de orang. Aku sorang je. Seingat aku malam tu cek sekali je. Bukaan still 1 cm.

Pagi besok nya 3 cm. Still tak boleh dok kat labour room. Kena tunggu kat wad. Tapi bersalin kali ni memang aku betul2 takot. Sebab aku dah boleh agak sakitnya macam mana. Aku takot nak berjalan banyak2. Takot sakit. Padahal kalau yang dulu, aku banyak berjalan. Mungkin sebab tu laluan lambat terbuka.

Nurse2 semua dok usha aku. Sebab takot aku mudah bersalin. Besoknya, waktu melawat mak mertua aku datang. Sakit masa ni makin kuat. Nak berjalan pun tak larat. Sampai aku tak mandi pagi tu. Mak mertua aku suh pi mandi.

Nurse siap letak kerusi dalam bilik air. Dan pesan kalau rasa nak bermeneran, tekan butanv kecemasan. Lepas mandi, sempat solat kat wad. Solat sambil duduk. Tak larat dah nak pi surau semua.

Nurse pun makin risau sebab aku nampak macam dok sakit sangat. Selesai solat nurse terua aku pi cek. Alhamdulillah. Dah 4 cm. Terus masuk labour room. Aku ingat kejap je la nak bersalin. Masum kul 2. Kul 4 still bukaan 4 cm. Dan nurse kata aku dok meneran dan tak kawal pernafasan dengan baik.

Masa tu kepala otak aku dok teringat2 pengalaman2 bersalin yang aku dok baca. Dalam labour room aku dah tak ingat zikir, selawat istighfar semua. Aku lost. Dalam tu aku don dengar je nurse dok sembang pasal shopping online la. Lazada lah. Huhu.

Sampai la dalam kul 5 macam tu, suami aku minta izin nak masuk dan boleh masuk sebab aku sorang je nak bersalin masa tu. Sampai la kul 6 aku still sakit tahap sama je. Nurse tu geram, dia mai goncang2 perut aku. Lepas tu memang contraction makin dasat.

Dan nurse dok tunggu2 aku pecah ketuban. Tapi nan hadoo. Pastu diorang kata lama sangat dah aku sakit ni dan diorang nak pecahkan ketuban. Panggil doktor, doktor tu cek dia kata bulaan dah 6 cm. Tapi kelapa bayi masih tinggi dan melekat dengan lapisan pekebenda entah.

Dia takot nak pecahkan ketuban. Takot kena kepala baby. Aduhhh
 Lama jugak lepas tu aku tahan sakit. Mai pulak nurse yang tukang sambut baby mai cek. Dia kata dia boleh pecahkan ketuban.

Lepas dia pecahkan ketuban, laaaagi la sakit. Dan tak lama lepas tu aku boleh meneran. Seingat aku 3,4 kali macam tu je. Alhamdulillah. Baby Umar selamat dilahirkan.😊

Sunday, September 18, 2016

Pengalaman bersalin anak ke 2...

Assalamualaikum..

Pejam celik, pejam celik dah bersalin pun anak yang kedua kami pada 3/5/15 pada jam 10.08 pagi.

Sekarang aku nak cite pengalaman bersalin yang ke dua ni...
Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab aku masih lagi diberi peluang oleh Allah utk bersalin normal.

Orang kata sakit bersalin ni, lain orang, lain sakitnya.

Aturan Allah tu sangat hebat..SUNGGUH!!!

Bayangkanlah, aku balik perak dari kelantan pada hari khamis (31 Mei 2015). Pastu sempat singgah umah kakak aku kat Penang, melawat mak aku kat sana dan tido satu malam kat sana. Esoknya, hari Jumaat (1 Mei 2015) sempat lagi gi makan pasembur kat Padang Kota Lama sebab teringin.huhu

Petang tu kami balik Perak, rumah mak mertua aku sebab memang plan nak bersalin kat sini.

2Hb Mei 2015
11.00 pagi

Aku, zauj, mil n uwais sempat lagi gi Aneka beli pampers untuk uwais n beberapa barang baby lagi.

Lama gak dok pusing2 dalam Aneka. Pastu siap beli barang baby, kami gi plak teman mil g beli barang dapur. Masa tu aku dah mula rasa sakit perut. Memulas2. Sekejap ada, sekejap hilang. Aku bgtau zauj, n pesan jangan gtau kat mil sbb tak nak mil excited.hehe. Tapi dia bagitau jugak.huhu. mil aku kata memang dk tggu pn aku sakit...huhu... boleh pulak macam tu kan..

2Hb Mei 2015
2.00 petang

Sakit tu still datang kejap2. Aku rasa sakit ni berbeza dengan sakit yang biasa aku rasa. Tak tau kenapa aku rasa macam dah tak lama dah aku ni nak bersalin.

Kejap2 aku g bilik air. Kot2 ada turun tanda2 nak bersalin. Turun darah ke, air ke. Huhu

Ada sekali aku gi cek macam ada lendir yang keluar. Biasanya aku xde la ada keputihan masa mengandung ni. Pelik juga rasanya. Tak lama lepas tu aku g cek lagi, kali ni lendir yang keluar ada warna pink sikit.

Pastu aku terus pakai pantiliner untuk memastikan ap yang keluar. Masa ni aku xde gtau sape2 lagi. Zauj pn ak xbagitau.

3.00 petang

Aku gi cek lagi. Kali ni aku terkejut!!! Ada darah!!! Masa ni aku teringat balik antara tanda2 nak bersalin yang nurse gtau aku . Salah satunya, turun lendir bercampur darah.

Masa ni sakit masih datang. Lepas tu aku terus cite kat zauj,tp still xbg zauj gtau mil sbb takot mil suh g hospital.huhu

Zauj aku dah mula senyum2, happy n tak sabar tunggu anak dia nak keluar. Aku plak dk rasa serba salah n takot pn ada. Malas nak g hospital. Pastu, zauj aku kata lau xnak gtau mak dia, dia suh kol n tanya mak aku. Kol mak, mak aku kata better g hospital.

4.00 petang

Dok lepak2 depan tv, zauj mula tanya mil. Dulu msa nak bersalin tak de turun tanda apa2 ke. Mil kata xde. Pastu mil dah boleh detect dah aku ada turun tanda. Terpaksa la cite. Masa ni sakit aku dah mula datang 10 min sekali.

Bincang punya bincang, then kami decide utk terus gi hospital petang tu.

Petang tu kalut la mil sediakan apa yang patut bawak g hospital. Lebih kurang kul 6 lebih kami bertolak g Hospital Parit Buntar.

Sampai kat hosp, kami terus ke wad bersalin. Aku tak pasti masa tu kul berapa. Dalam perjalanan tu sakit dah mula datang 5 min sekali. Masuk wad bersalin, bagi buku, nurse terus suh ak salin baju hosp. Terkejut gak masa tu. Siap salin baju hosp, aku diminta baring atas katil n buat CTG iaitu cek jantung bayi n cek laluan. Bukaan baru 1cm. Allah!!! Lambat lagi la. Bisik aku dalam hati. Aku memang kena masuk ward malam tu.

Tak lama lepas tu zauji dipanggil masuk. Sempat jumpa zauji n mil kejap sebab masa tu dah nak maghrib. Mil sempat lagi nasihat2 kat aku n aku mula mnta maaf kat zauj n mnta diorg doakan aku musah bersalin.

Buat CTG tu selesai kul 8.15 malam. Aku cepat2 mintak dengan nurse untuk solat maghrib sebab dah lewat. Aku memang niat tak kan tinggal solat walau sakit macam mna pun.

Masuk wad malam tu tak de orang langsung. Bayangkan ada 8 katil, aku sorang je yang ada dalam wad tu.

Malam tu lapar giler, lupa nak beli makanan berat sebelum masuk wad. So malam tu makan je la biskut dengan air milo. Masa ni sakit masih ad 5 min sekali tapi xkuat sangat. Aku mula berjalan2 dalam wad tu sebab boring tak de buat ap dan harap2 bukaan akan cepat buka. Aku ada baca dalam blog2 sebelum ni yang banyak berjalan boleh cepatkan bukaan laluan.

3 hb Mei 2015
12.00 pg

Masa ni sakit makin kuat. Ada nurse datang cek tekanan darah. Aku tanya dia bila boleh cek laluan plak. Dia kata sekarang pun boleh. Dia suh aku masuk labour room untuk cek laluan. Cek2 bukaan dah 3 cm. Alhamdulillah. Ada prkembangan. Aku diminta balik ke wad. Bukaan 4 cm baru boleh stay kat labour room.

Makin lama sakit makin bertambah. Aku dok tengok2 jam. Niat dalam hati, kul 3 nak suh nurse cek balik. Selagi boleh tahan, aku tahan. Kebetulan plak ada sorang kakak ni baru masuk wad malam tu dk sebelah katil aku. Sambil2 tahan sakit, sambil bersembang ngan dia.

Sakit masih lagi 5 min sekali n makin lama makin kuat. Aku cuba lelapkan mata, tapi 5 minit sekali mesti sedar bila sakit tu datang.

3.00 pagi

Masuk kul 3 pagi, aku berkira2 nak g labour room. Tetiba masa tu ada nurse tanya aku, makin sakit ke? Mungkin dia nampak aku dok menahan sakit. Dia suh ak g cek laluan. Cek punya cek bukaan masih 3 cm. Allah!!! Frust sungguh rsanya. Aku balik semula ke wad.

Nurse tak bagi aku berjalan banyak sebab yang ni anak ke 2, biasnya proses bersalin tu lebih cepat. So aku dok kat katil je la.

5.00 pagi

Masa ni sakit makin berganda2. Aku mula mengerang kesakitan tiap kali sakit tu datang. Allah je yang tahu sakitnya.

Sekali lagi nurse datang n tanya tak tahan dah ke sakit? Aku iyakan shj. Nurse tu suh aku cek laluan sekali lagi.

Cek laluan kali ni, bukaan masih lagi 3 cm. Aku memang terkejut sebab sakit makin bertambah tapi laluan masih belum terbuka. Balik wad, sakit makin dahsyat. Aku sempat mesej zauj gtau keadaan aku.

Aku berkira2 sempat lg solat subuh ni sebelum bersalin. Subuh pagi tu aku usahakan juga solat sambil berdiri n berdoa semoga Allah mudahkan urusan bersalin.

7.00 pagi

Kali ni sakit makin3 bertambah. Aku dah tak boleh baring. Aku duduk atas kerusi menahan sakit. Tak lama lepas tu ada nursw datang cek tekanan darah. Nurse tu perasan aku dk tahan sakit. Dia suh aku tunggu makin pagi dulu kul 8 pastu g cek laluan.

8.00 pagi

Aku dk tertunggu2 mana la breakfat ni xdatang2. Aku dah tak tahan sakit dah. Sampai je makanan, aku paksa jugak diri makan walaupun roti tu keras n air tawar.huhu. Aku paksa telan jugak. Aku makan cepat2 dan terus berjalan g labour room. Sekejap2 aku berhenti menahan sakit yang datang. Rasa macam jauh je labour room tu.

Sampai2 kat labour room, nurse cek laluan. Dah 5 cm. Alhamdulillah!!!! Bersyukur snagt!!! Nurse mula pasang mesin CTG untuk cek jantung bby.

Masa ni sakit tak payah cakap la. Dalam hati aki dk fikir lambat lagi la nak tunggu bukaan 10 cm. Masa tahan sakit tu ak genggam kuat2 besi katil tu. Terbayang2 wajah zauj. Tak
Leh bayang lau dia ada disisi masa tu.

Aku ni manja sikit lau zauj ada. Bila sakit tu datang, aku tarik nafas panjang2 n lepaskan. N cuba untuk senyum. Terngiang2 pesan zauj. Sakit tu penghapus dosa. Setiap kali sakit datng,aku berkata dalam hati, pergilah sakit bawa sekali dosa2 aku. N aku fikir smua ni akan berakhir n aku akan tengok si kecil yang dah 9 bulan aku kandung.

9.30 pagi.

Aku masih bertarung dengan kesakitan yang menggila. Masa ni aku baring terlentang. Kadang2 aku terdengar nurse menjerit bagitau aku setiap kali sakit datnag, tarik nafas dan hembus. Jangan teran lagi. Bukaan belum 10 cm lg nnt terkoyak teruk.

Lepas tu ad nurse datang bgtau aku, suh ak mengiring ke kiri untik cepatkan kepala bby trun. Aku cakap tak boleh sebab makin sakit kalau aku mengiring. Nurse suh jugak ak mengiring. Lambat2 aku mengiring. Sakit makin berganda dalam posisi tu.

Nurse pesan, kalau aku rasa macam nak buang air besar, panggil dia. Tak sampai 5 minit lepas aku tukarada posisi mengiring, aku rasa macam nak mmbuang. Cepat2 ak panggil nurse. Nurse datang n cek laluan. Pastu ak nampak dia buat preparation untuk deliver. N dia panggil pembantu dia.

Lepas tu dia mula suruh aaku meneran. 4 kali aaku meneran, baby masih belum keluar. Tenaga aku makin hilang. Nurse terud paaksa aku n beri macam2 kaya semangat. Aku rasa lebih 10x aku meneran barulah keluar si kecil dari rahim aku.

10.08 pagi

Aku selamat melahirkan seorang bayi. Nurse tnya jantina baby pada aku. N aku jawab perempua. Lega teramat sangat. Nurse letak baby atas dada aku. Masa tu Allah je tahu betapa bersyukurnya aku. Dah tak kisah nurse nak buat ap lepas tu.

Aku ingat berakhir sudah pertarungan aku. Tapi BELUM!!! Uri pulak melekat. Proses nak keluar kan uri agak susah dan memakan masa. Sakit? ye sakit. Tapi, bila tengok baby kat dalam pelukan, memang dah tak kisah apa. Lepas selesai semua, nrse ambil baby untuk dibersihkan.

Dalam kul 10, aku dan baby ditolak ke wad. Sampai di wad, aku terus ambil hp dan text suami. Punyala terkejut, sebab suami aku masih belum tengok baby dan tak tahu pun aku dah bersalin.Rupa2nya nurse kat situ tak inform satu benda pun kat suami aku.

PAdahal, lepas subuh suami aku dah ada tunggu kat luar/ Memang agak kurang asam. Nasib baik guard kat suami aku masuk untuk azankan baby. Mak mertua pun masuk sekali.

Baru lah boleh tengok baby girl kami, Dinamakan sebagai Nur 'Aisyah Humaira.

Sunday, September 4, 2016

Penangan baca Novel Cinta.

Assalamualaikum.

Hari ni rasa rajin pulak ummi nak update blog. Nak coretkan pengalaman dan kenangan.

Teringat waktu muda remaja dulu, suka sangat baca novel. Terutamanya novel-novel cinta. Kadang-kadang novel cinta ni bahaya jugak. Sebabnya, kita boleh bayang dalam kepala kita situasi dan keadaan tu. Dia punya detail cerita kan. Tambah2 kalau part suami isteri. Memang bahaya.

Bila kita tanya anak2 kita, diorang takkan mengakunya apa yang diorang rasa bila baca benda2 macam tu. Jangan nak tipula sebab ummi sendiri pun pernah baca novel-novel cinta. Cerita dia tu boleh buat kita bayang macam kitalah watak dalam cerita tu. Hati jadi bunga-bunga. Senyum sorang-sorang bila baca. Tanda-tanda dah tu. Sebab tu ada yang sanggup tak tidur malam semata nak habiskan satu-satu novel walaupun novel tu tebal hampir sejengkal.

Jadi, bagi anak2 muda remaja yang suka baca novel, bukan tak boleh, cuma kena pandai2 la ye. Ummi rasa kalau baca novel-novel islamik pun bagus. Banyak pengajaran dan ilmu yang kita dapat. 


Saturday, September 3, 2016

Lain orang, lain ujiannya. Lain orang, lain rezekinya.

Assalamualaikum.

Lama sangat dah tak update blog. Last entry umur Uwais setahun lebih. Sekarang, Uwais dah 3 tahun 2 bulan dah. Siap ada adik dah. Nur 'Aisyah Humaira. Humaira dah umur setahun 4 bulan dah pun. Nanti anak-anak dah bsar, jumpa blog ummi ni mesti kecik hati sebab pengalaman bersalin kan Uwais je yang ummi ceritakan. Hehe.

Lain kali lah ummi cerita pasal pengalaman bersalinkan Humaira ye. 

Sekarang, kehidupan kami masih belum ada perubahan ketara. Masih lagi gigih berusaha untuk stabilkan ekonomi keluarga. Walaupun kadang-kadang dalam hati ummi ada merungut. Tapi, ummi usahakan juga supaya kekal positif. Ujian diawal perkahwinan memang begini kan?

Lain orang, lain ujiannya. Mungkin orang lain mewah duit dan harta, tapi still tak jumpa jodoh atau masih tak direzekikan dengan anak. The key point is always b positive.

Kadang2 ummi terfikir, kita sibuk siang malam cari duit, cari harta tapi adakalanya lupa tujuan sebenar kita di atas bumi ini. Kita bukan sepatutnya hanya sibuk cari bekalan dunia. Tapi kena sibuk juga cari bekalan di akhirat. 

Jadi, sama2 lah kita ingat ye tujuan asal kita. Duit memang perlu. Harta memang perlu. Cuma jangan ambik mudah bekalan akhirat juga. :)

Tuesday, January 27, 2015

Anak oh anak!!! =)

Assalamualaikum......


Dah lama rasanya tak update blog ni. Tetiba mood nak menaip datang. Saja nak simpankan kenangan. Al maklumlah, saya ni jenis pelupa sikit. hehehe..

Pengalaman tentang apa???

Emm...tentang anak lelaki sulong kami.. Muhammad Uwais al Qarni.. Tak sangka, pejam celik pejam celik dah masuk  setahun setengah pun hero sorang tu..

Rasa macam baru je bersalin.huhuhu..

Alhamdulillah..kami suami isteri bersyukur sangat2 sebab Allah kurniakan seorang anak yang cerdik dan tak banyak kerenah. Rasa macam senang je nak uruskan Uwais. Seingat saya, sejak Uwais lahir, Uwais tak banyak buat perangai malam2 sampai ganggu ummi dan abi nak tidur. Masa dalam pantang dulu, sekali je dia tak nak tido malam n ummi kena riba sampai pagi sebab bila letak kat bawah je Uwais sedar. 

Tapi, sekarang mencabar la sikit nak menjaga anak lelaki sorang ni. Mana tak nya, baru dapat kaki. Berjalan la kerja nya. Kalau ummi masuk dapur, dia pun masuk dapur. Ummi tengah masak, Uwais dok proses barang-barang kat dapur. Habis periuk belanga dia keluarkan..hahaha.. Kadang2 rasa nak marah pn ada.. Nak tergelak pun ada...

Sekarang pulak Uwais dah pandai minta apa yang dia nak. Kalau benda yang tak boleh dia main dan makan, baik sorok awal2.. huhu..

Tapi, ada sesetengah benda jadi makin senang sejak dia makin pandai ni. Contohnya nak mandi atau tukar pampers, suruh je ambik tuala terus je dia gi ambik. NAk minum susu pun macam tu jugak. Siap je buat susu, suruh dia cari bantal, pandai la dia g cari bantal dan baring nak minum susu.

Ha, sebut sal minum susu, sekarang dah sebulan kot Uwais berhenti bf. Alhamdulillah jugak tak sampai seminggu pun nak latih dia lepas bf. Cuma masa nak tido ummi kena dodoikan. Tapi, Uwais bukan jenis merengek2 bila nak tido. Senang je dodoikan dia...Tak lama pun.. Lepas tu boleh terus letak atas katil. Paling lama dodoikan dia setengah jam je. Walaupun rasa macam nak patah dah pingggang ummi dukong Uwais...huhu..Tapi, saya pernah baca pengalaman orang lain nak tidurkan anak yang baru lepas bf dalam blog2. Ada yang sampai 3 jam kena dukung dan dodoikan baru nak tdo.. Nasib baik Uwais tak macam tu. Alhamdulillah... Syukur sangat!!!

Emm...nak cerita pasal Uwais memang tak pernah nak habis..huhu..ni pun boleh nak menaip sebab dia tido. kalau tak, dia la yang lagi pandai menaip n main laptop ni daripada ummi..huhu..

Ok lah tu je untuk kali ni..


Saturday, December 28, 2013

berhabukkk

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak update blog ni. N dah lama gak tak bukak blog. Nasib baik ingt lagi password. huhu.
Last entry sal bersalin kan. Sekarang uwais dah masuk lima bulan dah. Baru nak post entry baru. Sekarang balik perak. so, senangla nak online sebab kat sini ada internet. Kalau kat kelantan, boleh online guna handphone jela. Tu pun lau nak cari resepi.huhu. Boring masak benda sama. Kena cari resepi la.

Memang cepat masa berlalu, uwais dah 5 bulan. Dah besar dah anak ummi wa abi. Entah bila la dia membesar. Rasa macam dia kecik lagi. Patutla ibu bapa nih,walaupun anak dah dewasa, tetap rasa anak kecik lagi. Sekarang baru tahu perasaan seorang ibu, isteri dan suri rumah.

Sekarang kalau dengar ceramah pasal ibu bapa, baru tahu macam mana perasaan ibu bapa. N baru tau jugak persaan mak. Kena fikir menu apa nak masak setiap hari. Walaupun zauj selalu kata tak apa masak apa pun, still rasa tak puas lau nak hdang benda sama je kat dia. huhu

Walaupun sekarang dah konvo, rasa malas nak keje. Rasa macam nak dok kat umah je. Jaga anak n zauj. Tapi tulah, kesian kat zauj ana nak kena tanggung perbelanjaan. Sekarang ni dah la perbelanjaan tinggi. Apatah lagi bila ada anak ni. Planning nak berniaga online. Tapi xstat pun lagi. huhu..

TAk taw dah nak taip apa sebenarnya. Saja nak update blog ni...huhu




Friday, August 30, 2013

Pengalaman bersalin..... (part 2)

Assalamualaikum........

Alhamdulillah, sudah hampir sebulan pengalaman ini berlalu. Anak kami sudah pun hampir sebulan umurnya...
Kami telah namakan putera kami dengan nama seorang lelaki yang pernah hidup dizaman Rasulullah namun tidak pernah berjumpa dengan baginda iaitu MUHAMMAD UWAIS AL QARNI BIN MUHAMMAD SHARIZAL. Uwais al Qarni adalah seorang lelaki yang sangat taat kepada ibunya dan sangat mencintai baginda Rasulullah. Dengan harapan putera kami juga memiliki sifat beliau, kami telah menamakan putera kami dengan nama beliau. Uwais bermaksud pemberian manakala al qarni adalah panggilan atau gelaran untuk beliau sempena nama suatu tempat.

Entry kali ini adalah untuk menyambung entry ana yang lalu tentang pengalaman ana melahirkan uwais.

30 Julai 2013:

Pada hari tersebut, pagi-pagi lagi nurse telah meminta ana untuk mandi kerana katanya doktor akan datang pada jam 6.30 pagi untuk memasukkan ubat ke dalam rahim ana. Usai solat subuh, ana membersihkan diri dan menyiapkan diri fizaikal dan mental untuk dimasukkan ubat. Ana berdoa semoga ianya tidak sakit.

Ana menuggu kehadiran doktor di katil. 7.30 pagi barulah doktor datang dan ana bersama 3 orang yang lain diminta ke bilik pemeriksaan. Ana memilih untuk jadi orang terakhir yang memasuki bilik tersebut. Setibanya giliran ana, ana menarik nafas dalam sambil berdoa semoga ianya tidak sakit dan berharap doktor perempuan yang melakukannya. Alhamdulillah, doktor perempuan yang melakukan prosedur tersebut. Prosesnya agak sakit tapi ana masih mampu bertahan. Setelah selesai, ana dibawa balik ke wad oleh nurse menggunakan kerusi roda dan ana tidak dibenarkan bangun dari sama ada berdiri atau duduk selama 3 jam selepas ubat tersebut dimasukkan kerana khuatir kesan ubat tersebut hilang.

Masuk tengah hari, ana masih belum merasa apa-apa. Masih tidak ada rasa sakit atau tanda-tanda nak bersalin. Tengahari itu, denyutan jantung bayi terus dipantau. Alhamdulillah, denyutan baby dalam keadaan baik. Namun, ana masih belum rasa sakit. Pada jam 2.30 ptg, nurse datang memanggil ana umtuk memasukkan dos ke 2 kerana ana masih belum ada tanda-tanda nak bersalin. Setelah doktor memasukkan dos ke 2, sekembalinya ana ke katil, ana berasa sakit pada rahim. Memulas-mulas. Ana mula berfikir, inikah contraction. Sakit itu datang tiba-tiba dan datang 4 minit sekali. 

Sakit itu semakin kuat, pada jam 8.30 malam, doktor memeriksa laluan dan bukaan masih 2 cm. Semakin lama ana makin sakit. 

31 Julai 2013:

Ana tidak boleh tidur. Lebih kurang jam 1 pagi, nurse yang bertugas perasan yang ana dalam kesakitan. Beliau meminta ana ke bilik pemeriksaan sekali lagi untuk memeriksa laluan. Alhamdulillah, laluan telah terbuka 4 cm. Ana sudah boleh dibawa ke labour room. Nurse meminta ana menghubungi zauj dan keluarga. Dan mengambil kelengkapan bayi untuk dibawa ke labour room.

Di labour room, ana diminta untuk menukar pakaian lain. Setelah itu, air ketuban ana di pecahkan dan doktor turut membuang air kencing dari pundi kencing menggunakan tube. Denyut jantung bayi terus dipantau. Sakit yang datang semakn teruk. Sampaikan ana menangis sendiri. Alhamdulillah nurse yang bertugas sangat baik. Beliau menawarkan ana selimut dan selimutkan ana kerana keadaan di labour room tersebut sangat sejuk. Beliau turut menawarkan ubat tahan sakit kerana ana kelihatan sangat sakit. Ubat tersebut di cucuk dan ana berasa sangat mengantuk. Namun semasa sakit itu datang ana tersedar dan menarik nafas dalam menahan sakit dan mengantuk kembali.

Pada jam 3 pagi ana tidak boleh tahan lagi sakit yang ana hadapi. Ana merayu kepada nurse supaya memerksa laluan dan bukaan hanya baru 6 cm. Ana perlu terus menahan sakit sehingga bukaan cukup 10 cm. Pada jam 6.30 pagi, ana betul-betul tidak tahan dan rasa ingin membuang besar dan meneran. Ana merayu sekali lagi kepada nurse untuk memeriksa laluan. Nurse meminta ana menuggu doktor memeriksa laluan pada jam 7.45 pagi. Namun ana sudah tidak sanggup menunggu. Ana terus merayu dan akhirnya Nurse tersebut menurut kerana kesiankan ana yang kesakitan. Pada waktu itu bukaan sudah 9 1/2 cm. Katanya ana masih tidak boleh meneran kerana bukaan perlu cukup 10 cm, kalau ana meneran sekarang mungkin ana akan terkoyak teruk. Ana terus menahan. Pada jam 7 pagi, doktor datang ketempat ana untuk mengambil barang dan kerana melihat keadaan ana, beliau bertanya sama ada ana sudah tidak tahan dan ingin buang air besar.

Setelah itu beliau terus memeriksa laluan dan beliau mngatakan bahawa ana sudah boleh meneran. Nurse terus membuat persiapan bersalin dan ana telah diminta untuk meneran. Setelah hampir sejam ana berhempas pulas, bertarung untuk mengeluarkan bayi dari rahim ana, Alhamdulillah, pada jam 7.55  pagi, kedengaran suara bayi menangis. Seorang bayi lelaki telah selamat dilahirkan dan anak ana terus diletakkan di atas perut ana. Waktu itu ana menangis kerana bersyukur. Benarlah seperti yang dikatakan, hilang segala sakit setelah melihat anak kita sendiri. 

Setelah anak ana dibersihkan dan diberikan kepada abinya untuk di azan dan iqamat, anak ana dibawa kepada ana untuk disusukan untuk kali pertama. Dengan bantuan nurse, ana berjaya menyusukan anak ana dengan baik. Kagum kerana bayi yang baru sahaja lahir ini sudah pandai menghisap susu. Sekali lagi ana menangis. Setelah selesai dijahit ana dibawa kembali ke wad. Dalam perjalanan, zauj dan keluarga sudah menunggu di luar...Terasa ingin menangis dan memeluk zauj sekuat nya saat melihat zauj. Zauj memegang tangan ana dan mengucapkan tahnia. Terharu sangat. 

Inilah Uwais Al Qarni buah hati abi wa ummi....