Wednesday, May 30, 2012

Sarung kaki

Assalamualaikum..

Baru-baru ini semasa ana sampai di Tanah Merah, sedang ana menunggu bas untuk ke Jeli, ana melihat dan memerhatikan orang-orang di sekeliling ana. Memang ana sudah biasa di pandang pelik oleh orang sekeliling, jadi kalau ada pun orang yang memandang pelik kepada ana, ana sudah tidak kisah. CUMA....ana tertarik apabila melihat seorang muslimat. Cantik parasnya. Berbaju kurung dan bertudung hitam. Tudungnya labuh menutup bahagian tubuhnya membuatkan sejuk mata memandang. Kemudian. ana terpandang pada kakinya. Aneh. Dia tidak memaki sarung kaki mahupun stoking. Tidakkah dia tahu kaki itu aurat. Ana berbaik sangka sahaja. Mungkin ada sebab yang ana tidak tahu.


Tiba-tiba ana teringat kakak ana (kak ct) pernah cerita kat ana tentang pengalaman dia semasa belajar dulu.
Ada seorang lelaki, ana bagi nama dia A. Senang sikit nak cite. Si A ni naik bas untuk ke destinasi yang dituju. Masa kat dalam bas tu dia terpandang seorang perempuan. Perempuan tu berjubah. Cantik. Menutup aurat. Tapi, tiba-tiba bila Si A tadi terpandang kat kaki perempuan tu, perempuan tu tak pakai sarung kaki mahupun stoking untuk menutup kakinya. Lantas Si A tadi terus membuat konklusi yang perempuan itu cuma memakai jubah untuk berfesyen semata-mata.



Begitukah pandangan orang lelaki?? Biasanya orang perempuan fikir. Alah, kaki je pun. Mana ada orang nak tengok. Tapi ingat, tu cuma pandangan kita orang perempuan. Sedangkan orang lelaki akan tengok kita dari kepala sampai la ke kaki. Jangan ingat orang lelaki fikir benda yang sama macam kita fikir.

Lagi tentang sarung kaki.

Dulu, ana pernah baca blog seorang kawan ana. Lelaki. Ada dia sebut berkenaan sarung kaki. Dia nasihatkan kaum wanita supaya elakkan memakai sarung kaki yang warna kulit. Katanya, memaki sarung kaki warna kulit seakan-akan sama tidak memaki stoking. Ana terfikir. Sebab ana tak rasa pun macam tu. Sampaila suatu masa, ana ada ternampak seorang muslimat, dia memakai sarung kaki warna kulit. Kalau sekali pandang, macam tak pakai!!Serius!! Baru la ana tahu kenapa kawan ana tu bagi nasihat sedemikian. orang lelaki lagi tahu apa yang orang lelaki selalu perhatikan dan fikir. So, tak salah kita terima nasihat dia.



Sekarang ana mula belajar pakai sarung kaki hitam. Dan lebih senang memilih untuk pakai kasut tertutup. Kenapa?? Sebab, sarung kaki ni adakalanya nipis dan jarang. Nampak bentuk2 jari. Lagi senang pakai kasut tertutup. Zauj ana pun galakkan ana pakai kasut tertutup.

Ketahuilah, Lelaki bernama suami, tidak mahu haknya dipandang oleh lelaki ajnabi. Bagi yang belum berkahwin. Tak salah belajar awal-awal. Nanti depan suami, dah tak perlu nak kena tegur-tegur dah.


Saturday, May 26, 2012

Anak Muda

Seperti biasa pada petang sabtu ana akan pulang ke Kota Bharu dengan menaiki bas. Zauj ana akan hantarkan hinnga ke Tanah Merah. Dan ana biasanya akan naik bas pada pukul 5 petang untuk ke Kota Bharu setelah solat asar terlebih dahulu di stesen bas supaya tak terlewat dan takut juga apa-apa berlaku di sepanjang perjalanan sedangkan ana belum menyempurnakan tanggungjawab ana tu.

Seperti biasa, surau di situ agak lengang. Kadang-kadang sahaja bertembung atau kelihatan orang yang menggunakan kemudahan surau di situ. Mungkin juga kerana keadaanya yang kurang selesa dan agak sempit membuatkan orang ramai memilih untuk solat di masjid atau tempat-tempat lain yang lebih selesa. 

Usai ana solat asar, kelihatan 2 orang remaja lelaki masuk ke surau. Dengan tidak sengaja ana terdengar perbualan mereka. Mungkin kerana surau itu agak sempit dan suara mereka yang agak kuat membuatkan ana terdengar perbualan mereka.

Mereka mula menghampar sejadah dan tiba-tiba salah seorang daripada mereka berkata.

"Kau solat la dulu. Aku nak buat solat sunat sebelum asar dulu. Nanti aku ikut kau solat kemudian."

"Eh, kita solat lah sekali."Balas sahabatnya.

"Tak apa lah. Aku nak wat solat sunat dulu ni."

"Kalau macam tu, tak apa lah. Kita wat solat sunat dulu. Lepas ni kita solat Asar berjemaah."

Tersenyum ana mendengar perbualan mereka. Subhanallah. Bagusnya mereka ni. Jarang nak jumpa anak muda macam ni. Tak lama kemudian kelihatan seorang lagi remaja lelaki masuk yang merupakan sahabat mereka juga.

Salah seorang daripada mereka terus mengajak sahabat mereka itu melakukan solat sunat terlebih dahulu sebelum menunaikan solat fardhu. Subhanallah. Kagum ana dengan mereka. 

Tiba-tiba kedengaran pengumuman dari corong pembesar suara di stesen bas tersebut. Mengatakan bas untuk ke Kota Bharu sudah sedia untuk bertolak. Ana cepat-cepat meninggalkan surau dan adik-adik remaja tersebut. 



Tuesday, May 22, 2012

Mendidik Isteri

'Sayang, kenapa kalau kita berada kat kawasan-kawasan semulajadi kita akan rasa tenang?' tanya suami ana semasa menikmati pemandangan dari atas titian di Tree Top Walk cuba menguji isterinya.

Ana tersenyum mendengar soalan itu. Nasib la sebelum ni pernah ana mendengar tentang soalan seperti itu,

'Sebab alam semulajadi sentiasa berzikir kepada Allah. Sebab tu kita rasa tenang bila berada dekat dengan alam semulajadi.' Jawab ana sambil tersenyum menunggu respon si dia.

'Pandainya isteri abang!'Pujinya menghiburkan hatiku.

'Bunyi deruan air sungai, burung-burung berkicauan tu adalah bunyi mereka berzikir kepada Allah cuma kita sahaja yang tidak faham. Alam semulajadi ni semuanya taat pada perintah Allah. Tak pernah mengingkari perintahNya. Cuba sayang tengok air sungai tu, semuanya mengalir dengan satu arah walaupun ada banyak halangan seperti batu dan pokok-pokok, mereka tetap mengalir ke arah yang sama. Begitu juga dengan pokok-pokok disekeliling kita ni. Semuanya tumbuh tegak ke atas mengikut cahaya matahari. Tak ada satu pun yang mengingkari perintahNya.' Tambah suamiku sambil memerhatikan air sungai yang mengalir dan pokok-pokok yang menghijau.

Ana diam dan cuba menghayati setiap kata-katanya. Benar sekali! Selama ini ana tak perasan pun.

'Cuma manusia sahaja yang suka mengingkari perintah Allah. Tak taat seperti ciptaan-ciptaan Allah yang lain' kata suamiku lagi.

Ana berkerut memikirkan kata-katanya. Tidak faham.

'Maksud abang?' tanyaku meminta penjelasan.

'Yela, manusia sahaja yang suka melawan perintah Allah. Contohnya, Allah suruh tutup aurat, tak nak tutup. Allah suruh solat, tak solat. Kan tu tandanya kita tidak taat dengan perintah Allah.' terang nya dengan tenang.

Lama ana diam. Menginsafi diri sendiri. Terasa ada cecair jenih bertakung dimata. MasyaAllah! Sungguh kita tidak bersyukur dan berani sekali melawan perintah Yang Maha Pencipta.





Monday, May 21, 2012

Oh! Ibu Mertuaku

assalamualaikum...

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah.. Yang masih memberi peluang untuk ana menikmati kehidupan di dunia ini.

Semalam, 21 Mei 2012 adalah hari lahir ibu mertua ana. SELAMAT HARI LAHIR MAK!!
Frust sangat bila asyik jadi orang last je. Ucap untuk hari ibu baru-baru ni pun jadi orang last. Besday mak pun jadi orang last gak. Rasa serba salah pada mak mertua. Tapi, nasib baik mak tak ambik hati. Semalam, malam malam baru dapat cakap dengan mak. Alhamdulillah dapat jugak. Mana tak nya.. Asyik call tak dapat jer. Tak angkat la. Masuk voice mail la. Takdir Allah. Ana kena jadi orang terakhir yang ucap.huhu

Tapi, best sangat bila dapat cakap dengan mak. Ceria je mak mertua ana tu. Rindu lak rasa. Lagi best bila mak cakap kedatangan ana dalam family mereka adalah sesuatu yang menggembirakan mak. Dapat menantu termasuk dalam list kenangan manis mak tahun ni. SUKE! Terima Kasih Mak!

Apa-apa pun! SELAMAT HARI LAHIR MAK!
Ni la mak mertua kesayangan ana. Bergaya dengan cermin mata.hehe..Kenangan masa kat Masjid Terapung di Jeddah.


Thursday, May 17, 2012

Lupakan mencari yang soleh???

p/s: bukan bermaksud mengatakan individu di dalam gambar ini soleh dan solehah. =)

Tuesday, May 15, 2012

Ku Merindu!

Assalamualaikum....

Tak tertanggung rasa rindu ini. Ana betul-betul rindu padanya. Alangkah ruginya ana mengsia-siakan masa bersamanya...

Ya Allah! Jemputlah kami lagi sebagai tetamu Mu. Menitis air mata bila melihat gambar-gambar Masjid Nabawi, Masjidil Haram dan tempat-tempat di Mekah dan Madinah. Rindunya waktu-watu di sana. 



Masjid Terapung-Jeddah


Permandangan dari atas Jabal Nur (di mana adanya Gua Hira')

Tidak banyak yang ada dalam simpanan ana. =(

Sunday, May 6, 2012

Ku ucap Alhamdulillah..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. Rezeki yang tak di sangka- sangka pada tahun 2012 ni. Tidak pernah terlintas difikiran, Allah akan mengurniakan begitu banyak nikmatnya yang indah-indah yang diimpikan setiap orang. Subhanallah. Maha Suci Allah. Perancangan Allah itu Maha Baik. Itulah kata-kata yang dilontarkan oleh zauj bila apa-apa berlaku atau pun bila ana mengadu.

Benar sekali!! Perancangan Allah itu Maha Baik. Tidak pernah menyangka ana berkahwin seawal ini. Pada usia 21 tahun dan masih belum habis belajar. Tidak pernah terfikir yang ana akan menjejakan kaki di bumi anbiya' pada tahun ini bersama-sama suami tercinta. Subhanallah..

Ramai sahabat-sahabat yang terkejut dengan berita perkahwinan ana pada bulan Febuari yang lalu. Semuanya pantas berlalu. Hanya dalam masa kurang dari 3 bulan selepas keluarga pihak lelaki datang merisik. Langsung kami tidak menyangka urusan kami begitu dipermudahkan oleh Allah. Alhamdulillah.

05/02/2012- Itulah hari bersejarah buat ana dan zauj. Menamatkan masa bujang kami.

Setelah akad nikah..=)

Bersama keluarga ana yang dapat hadir. 

Besama keluarga dari sebelah zauj yang hadir dari jauh