Saturday, July 27, 2013

Best Jalan-jalan..he

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah...hari ni ana n family zauj keluar ke Pulau Pinang. Kami pergi melawat salah seorang mak saudara zauj ana yang baru lepas di operate kerana kolestrol tersumbat d jantung. Kami panggil dia Mak Nor. Seronok sembang dengan beliau. Alhamdulillah, beliau semakin sihat dan sudah mampu berpuasa. Cuma still kena telan ubat yang sangat banyak. Beliau disahkan menghidap kencing manis. Kesian. Muda lagi orang nya. Lawa lagi. Tapi tu la kan. Penyakit nak datang tanpa kita sedar. Alhamdulllah beliau awal ke hospital. Kalau lambat-lambat mungkin buruk akibatnya. Semoga beliau akan terus sihat dan semakin sihat. Amin...

Sebenarnya, dah lama ana tak keluar rumah. Semalam pun keluar ke Parit Buntar je semata-mata nak beli Pizza untuk berbuka sebab ana yang teringin nak makan Pizza. hehe.. Zauj n mak mertua ikutkan saja. Sampai-sampai kat sana, teringin plak nak minum cool blog. Nasib baik jumpa kedai cool blog tu. Kitorang sampai kat rumah semalam hampir-hampir nak berbuka.huhuh

Hari ni plak, lepas pegi melawat Mak Nor tu, kami pergi berjalan-jalan sambil shopping kat Mydin kat Bukit Jambul. Penat betul berjalan dalam Mydin tu. Penuh troli barang-barang yang di beli. Antaranya, barang-barang dapur, barang nak raya n barang kelengkapan bapa mertua ana yang nak berangkat ke London besok.huhu.. Rasa nak tercabut pinggang ni. Baby plak, ummi berjalan banyak ari ni, dia pun 'berjalan' dengan aktifnya juga dalam tummy ummi. huhuh

Sampai kat rumah tadi dalam kul 2.30 ptg. Lepas je solat zohor ana terus rebahkan diri atas katil n tido tak sedar dunia sampai kul 5. Sampai tak tolong mak mertua masak kat dapur.huhuh.. Teruk punya menantu. Harap-harap mak faham. hehehe... Ana kan ibu mengandung. hehe...ambik kesempatan. Tapi tdo tadi memang tak sedar apa sampai la asar zauj ana kejutkan ana sebelum beliau ke surau. Ana cepat-cepat bangun sebab nak cover muka baru bangun tido. yela, lepas solat asar kami buat tadarrus bersama mak mertua ana. Malu la kalau mak tengok muka basi menantu dia ni.hehehehe


Ni lah dia gambar Mydin kat Bukit Jambul hasil ehsan en Google. Ana tak sempat la nak ambik gambar ni sume.hehehe

Thursday, July 25, 2013

Persiapan baby...=)

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, kita masih di beri kesempatan untuk meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ni. Alhamdulllah juga kita masih diberi peluang oleh Allah untuk berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. 

Sepanjang bulan Ramadhan yang berlalu ni, ana tak berpeluang menunaikan solat sunat terawikh kat surau. Walaupun surau hanya kat depan rumah. Ana cuma buat solat sunat terawikh di rumah sahaja sebab keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Ana bukan la sakit. Cuma sejak sarat mengandung ni ana tak boleh berdiri lama n asyik pitam. So, ana minta kebenaran dari zauj untuk berada di rumah sahaja walaupun zauj galakkan ana ke surau. Ana tak nak ambil risiko. Tambahan pula sakit belakang ana makin menjadi-jadi. Kalau buat sendiri kat rumah, boleh la ana rehat-rehat dulu sebelum sambung rakaat yang seterusnya tu. Apa-apa pun ana bersyukur sebab masih mampu buat solat sunat terawikh di rumah walaupun lambat-lambat n penat sikit.

Btw, Hari ni ana dapat panggilan dari Klinik Kesihatan Bagan Serai. Mereka minta ana g ambik surat appointment dengan doktor pakar di Hospital Taiping. Hari Isnin ni appointment tu. Kesian kat zauj kena tinggal keje sehari sebab nak temankan ana ke hospital. Walaupun ana dah bagitau kat dia ana boleh g dengan kakak ipar n mak mertua je. Tapi dia berkeras gak nak ikot sama. Ana cakap je sebenarnya, padahal, ana pun tak sanggup nak ke sana tanpa dia. hehehe. Mana taknya, sepanjang ana pregnant ni, semua appointment dengan doktor atau check up biasa kat klinik, semuanya dia ada. hehe.

Sebenarnya entry ni nak cite pasal persiapaan menyambut baby yang bakal lahir ni, tapi dah melalut cite pasal laen plak. huhuhu. Kitorang beli barang-barang baby sebelum puasa lagi. Yela, ni kan cucu sulong kat sini. Semua benda tak ada. Semuanya kena beli baru. Barang-barang ni plak kna shopping awal sebab takut ana tak larat nak kluar shopping masa puasa. Memang pun! Masa tak puasa pun tak larat. Masa puasa apatah lagi. 

Ni antara barang-barang yang kami beli. Kami beli yang penting-penting dulu. Barang-barang yang nak di bawa ke hospitak khususnya. Masa gi shopping barang-barang baby ni, excitednya!!Tak payah cakap la. Semua org pun excited n pening nak memilih.huhuhu


Ni adalah sarung kaki n sarung tangan baby. Comel-comel sume nya. Geram sangat taw!!!



Ni plak topi sepasang dengan sarung tangan n sarung kaki. Mak mertua ana kata sesuai nk di pakai masa nak check up baby kat klinik n masa nak keluar hospital nanti. Comel kan?




Ni antara baju baby yang newborn punya, Yang nak bawa gi hospital. Ada lagi baju lain. Malas nak ambik gambar. Hhehe.



Ni plak wet tissue. Guna untuk bersihkan baby la nanti.hehehe


Yang ni mesti semua orang tahu. heheh. Saiz newborn. Tecik jer. Comel bangat!!!!


Ni barang-barang yang dah siap pack dalam beg untuk dibawa ke hospital. Kena la siapkan awal-awal. Kot-kot baby nak keluar awal. Tak sabar nak jumpa umi n abi dia.hehhehe


Last sekali, ni beg baby yang nak di bawa ke hospital. Di sponsor oleh adik ipar ana aka bakal auntie.hehehe. Ni beg baby jer, beg umi yang lain plak.huhu

Tu jela gambar-gambar yang boleh diambil. Lain-lain barang pun ada beli jugak cam tilam, kelambu n lain-lain.

Bila tengok barang-barang baby, lagi tak sabar nak tunggu anak umi ni keluar. Tak sabar nak guna sume barang-barang ni.

Semoga semuanya selamat. InsyaALLAH...=)

Tuesday, July 23, 2013

Ntah pe2...

Assalamualaikum....

Sekarang makin rajin nak update blog nih. Bukan apa, boring. Bukan ada keje pun. Asyik berehat jer. Em, masih lagi story sal my pregnancy. Mulut ana kata tak nak fikir dah bila baby ni nak keluar. Tak nak menunggu-nuggu. Tapi, hakikatnya, ana tak boleh nak control perasaan sendiri. Apatah lagi bila online je fb, tgok gambar-gambar baby. Ala............tak sabarnya nak ada baby jugak. Menghitung hari dan minggu juga lah.

Hari ni baru jer hari selasa. Lambatnya minggu ni nak berlalu. hehehe. Masalah juga bila tak ada keje nak buat kan. Kalau sebelum nh, masa study tak pe lah. Seminggu tu cepat jer berlalu. Tambah-tambah bila ada assignment nak kena hantar and masa buat thesis dulu. huhuhu

emmmmmmmmm.....cepat la masa berlalu... Nak tgok baby...nak balik Kelantan.....

Monday, July 22, 2013

Alahai anak umi.........................

Assalamualaikum....

Sudah hampir separuh dari bulan Ramdhan berlalu. Begitu cepat masa berlalu. Petang tadi selepas zauj balik keje n berehat sebentar, ana bersama-sama zauj, mak mertua dan kakak ipar pergi ke klinik untuk check kandungan ana. Sepatutnya besok tarikh temujanjinya, tapi, kerana mak mertua ana tak sabar n risau sebab ana selalu mengadu sakit pinggang, kami pergi juga hari ni. Bila nurse tanya, kenapa datang hari ni sedangkan tarikh dalam buku kata esok, ana bagi alasan ana ada hal besok. huhuhu

Setelah di periksa, seperti yang selalunya yang di ungkit, masalah baby ana kecik dari umur sebenarnya. Sepatutnya, dia dah masuk 37 mnggu, tapi, saiznya baru saja 35 minggu. Ana di minta berjumpa doktor n doktor kat klinik tu kata dia tak boleh buat apa sebab masa kat Kelantan ari tu, kes ana nih dah dibawa ke doktor pakar, so, kat sini pun ana kena refer kat doktor pakar kat Hospital Taiping.

Doktor kat klinik tu akan hubungi ana untuk maklumkan tarikh temujanji dengan pakar nanti. Ana dah tak larat dah sebenarnya. Asyik kena gi klinik n hospital je. Sebelum ni ana letak harapan juga dan selalu fikir baby dalam perut ni akan keluar awal n kalau ikutkan jangkaan doktor dari swasta ari tu, katanya masa 37 minggu mungkin ana akan bersalin. Lagi besar la harapan ana, zauj n keluarga zauj ni. Yela, masing-masing dah tak sabar nak jumpa ngn si kecil ni.

Tapi, bila banyak masalah mcam ni, ana jadi dah malas nak fikir. Biarlah Allah yang tentukan bila dia nak keluar. N dia pasti akan keluar juga kan. Jadi tak perlulah ana nak fikir teruk-teruk sal bersalin ni. Ana serahkan saja. Kita tunggu dan lihat je la bila dia nak keluar. Masa akan berlalu dengan pantas nya. 9 bulan berlalu pun kejap je. Ni kan 3-4 minggu lagi.  Sabar itu separuh dripada iman. So, bersabar je la kan. Yang penting, anak umi sihat n selamat sama ada dalam perut umi atau masa keluar nanti.


Friday, July 19, 2013

Ramadhan

Assalamualaikum....

Cepatnya masa berlalu. Hari ni dah pun masuk 11 Ramadhan. Pejam celik, pejam celik, dah 11 hari kita berpuasa dan alhamdulillah ana masih mampu menjalankan ibadah puasa walaupun dah makin sarat. Tahun ni ana berpuasa di rumah mertua. Dah 2 minggu ana berada di Perak. Mungkin tahun ni pun beraya di sini. Perancangan asal lain, tapi semua nya berubah. Yela, kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan...tak gitu...

Asalnya ana cuma nak balik berpuasa kat sini 2 minggu je dan lepas tu nak habiskan puasa kat Kelantan. Nak raya pertama kat sana. Pastu balik Perak balik untuk bersalin kat sini. Tapi, segalanya berubah bila keluarga zauj ana ajak gi klinik swasta baru-baru ni untuk check jantina baby asalnya. Tapi, bila scan, doktor kata uri ana ada masalah sikit. So, ana mungkin bersalin awal dari tarikh due. Due ana sebenarnya 13/8/2013 masa kandungan 40 minggu. Tapi, doktor kata, ana mungkin bersalin masa 37 minggu dan tak digalakkan travel jauh-jauh.

So, cancellah perancangan nak balik beraya kat kelantan. Semua orang tak bagi ana balik takut ada effect kat baby. Ana pun takut jugak...Isnin ni, kandungan ana dah masuk 37 minggu. semua tak sabar menunggu kehadiran si ke cil ni. Ana pun! Tapi, takut pun ada. hehe. Normal la tu kan.

Sepanjang berpuasa ni, Alhamdulillah tak ada apa-apa yang berlaku. Cuma ana memang tak boleh skip sahur la. Masa sahur kena minum susu + nestum dan juga kurma. Tu benda wajib. Tapi kadang-kadang teringn nak makan nasi goreng la. Roti + telur la. Tapi ana segan juga nak mengatur mak mertua ana. So, ana diamkan jela. Kalau setakat roti + telur tu, boleh la mintak sebab rasa tak berat sangat. 

Hari-hari ana rindu nak balik Kelantan. Nak makan masakan Kelantan, masakan mak ana khususnya. Bestnyer!!! Nak makan 'colek' malam-malam dengan mak. Mesti best. Hari-hari juga ana akan merengek kat zauj macam budak kecik.. Minta nak balik Kelantan. Kalau tak minta nak balik pun, ana minta makanan yang ada kat Kelantan je. Contohnya kuih Akok. huhuhu. Kadang-kadang mnta nasi goreng yang mak ana buat kat die. huhuhu. Zauj pun tak tahu nak buat apa n nak kata apa. Bersabar jela dengan zaujah dia ni. 

Tapi, kalau apa-apa yang ana nak makan yang memang ada kat sini atau mak mertua ana boleh buat, memang ana akan dapat. huhuhu. Mak mertua ana pun layan jela menantu dia ni. huhuh.. Alhamdulillah, dapat mertua penyayang. huhu

Emmmm....tak sabar rasanya nak bersalin. Ada plak mcam tu kan? Yela, kadang-kadang tak larat dah. Sakit pinggang, tak payah cakap la. macam nak tercabut pinggang nih. Kalau nak tido tu, punya la susah. Tergolek sana, tergolek sini. Kadang-kadang kesian kat zauj sebab selalu gangu dia tido. Tapi tu la, kena sabarla demi si anak.

Harap-harap semuanya akan berjalan lancar dan urusan ana di mudahkan oleh Allah masa nak bersalin nanti. 

Amin......