Saturday, May 26, 2012

Anak Muda

Seperti biasa pada petang sabtu ana akan pulang ke Kota Bharu dengan menaiki bas. Zauj ana akan hantarkan hinnga ke Tanah Merah. Dan ana biasanya akan naik bas pada pukul 5 petang untuk ke Kota Bharu setelah solat asar terlebih dahulu di stesen bas supaya tak terlewat dan takut juga apa-apa berlaku di sepanjang perjalanan sedangkan ana belum menyempurnakan tanggungjawab ana tu.

Seperti biasa, surau di situ agak lengang. Kadang-kadang sahaja bertembung atau kelihatan orang yang menggunakan kemudahan surau di situ. Mungkin juga kerana keadaanya yang kurang selesa dan agak sempit membuatkan orang ramai memilih untuk solat di masjid atau tempat-tempat lain yang lebih selesa. 

Usai ana solat asar, kelihatan 2 orang remaja lelaki masuk ke surau. Dengan tidak sengaja ana terdengar perbualan mereka. Mungkin kerana surau itu agak sempit dan suara mereka yang agak kuat membuatkan ana terdengar perbualan mereka.

Mereka mula menghampar sejadah dan tiba-tiba salah seorang daripada mereka berkata.

"Kau solat la dulu. Aku nak buat solat sunat sebelum asar dulu. Nanti aku ikut kau solat kemudian."

"Eh, kita solat lah sekali."Balas sahabatnya.

"Tak apa lah. Aku nak wat solat sunat dulu ni."

"Kalau macam tu, tak apa lah. Kita wat solat sunat dulu. Lepas ni kita solat Asar berjemaah."

Tersenyum ana mendengar perbualan mereka. Subhanallah. Bagusnya mereka ni. Jarang nak jumpa anak muda macam ni. Tak lama kemudian kelihatan seorang lagi remaja lelaki masuk yang merupakan sahabat mereka juga.

Salah seorang daripada mereka terus mengajak sahabat mereka itu melakukan solat sunat terlebih dahulu sebelum menunaikan solat fardhu. Subhanallah. Kagum ana dengan mereka. 

Tiba-tiba kedengaran pengumuman dari corong pembesar suara di stesen bas tersebut. Mengatakan bas untuk ke Kota Bharu sudah sedia untuk bertolak. Ana cepat-cepat meninggalkan surau dan adik-adik remaja tersebut. 



No comments:

Post a Comment