Wednesday, May 30, 2012

Sarung kaki

Assalamualaikum..

Baru-baru ini semasa ana sampai di Tanah Merah, sedang ana menunggu bas untuk ke Jeli, ana melihat dan memerhatikan orang-orang di sekeliling ana. Memang ana sudah biasa di pandang pelik oleh orang sekeliling, jadi kalau ada pun orang yang memandang pelik kepada ana, ana sudah tidak kisah. CUMA....ana tertarik apabila melihat seorang muslimat. Cantik parasnya. Berbaju kurung dan bertudung hitam. Tudungnya labuh menutup bahagian tubuhnya membuatkan sejuk mata memandang. Kemudian. ana terpandang pada kakinya. Aneh. Dia tidak memaki sarung kaki mahupun stoking. Tidakkah dia tahu kaki itu aurat. Ana berbaik sangka sahaja. Mungkin ada sebab yang ana tidak tahu.


Tiba-tiba ana teringat kakak ana (kak ct) pernah cerita kat ana tentang pengalaman dia semasa belajar dulu.
Ada seorang lelaki, ana bagi nama dia A. Senang sikit nak cite. Si A ni naik bas untuk ke destinasi yang dituju. Masa kat dalam bas tu dia terpandang seorang perempuan. Perempuan tu berjubah. Cantik. Menutup aurat. Tapi, tiba-tiba bila Si A tadi terpandang kat kaki perempuan tu, perempuan tu tak pakai sarung kaki mahupun stoking untuk menutup kakinya. Lantas Si A tadi terus membuat konklusi yang perempuan itu cuma memakai jubah untuk berfesyen semata-mata.



Begitukah pandangan orang lelaki?? Biasanya orang perempuan fikir. Alah, kaki je pun. Mana ada orang nak tengok. Tapi ingat, tu cuma pandangan kita orang perempuan. Sedangkan orang lelaki akan tengok kita dari kepala sampai la ke kaki. Jangan ingat orang lelaki fikir benda yang sama macam kita fikir.

Lagi tentang sarung kaki.

Dulu, ana pernah baca blog seorang kawan ana. Lelaki. Ada dia sebut berkenaan sarung kaki. Dia nasihatkan kaum wanita supaya elakkan memakai sarung kaki yang warna kulit. Katanya, memaki sarung kaki warna kulit seakan-akan sama tidak memaki stoking. Ana terfikir. Sebab ana tak rasa pun macam tu. Sampaila suatu masa, ana ada ternampak seorang muslimat, dia memakai sarung kaki warna kulit. Kalau sekali pandang, macam tak pakai!!Serius!! Baru la ana tahu kenapa kawan ana tu bagi nasihat sedemikian. orang lelaki lagi tahu apa yang orang lelaki selalu perhatikan dan fikir. So, tak salah kita terima nasihat dia.



Sekarang ana mula belajar pakai sarung kaki hitam. Dan lebih senang memilih untuk pakai kasut tertutup. Kenapa?? Sebab, sarung kaki ni adakalanya nipis dan jarang. Nampak bentuk2 jari. Lagi senang pakai kasut tertutup. Zauj ana pun galakkan ana pakai kasut tertutup.

Ketahuilah, Lelaki bernama suami, tidak mahu haknya dipandang oleh lelaki ajnabi. Bagi yang belum berkahwin. Tak salah belajar awal-awal. Nanti depan suami, dah tak perlu nak kena tegur-tegur dah.


1 comment: