Tuesday, May 22, 2012

Mendidik Isteri

'Sayang, kenapa kalau kita berada kat kawasan-kawasan semulajadi kita akan rasa tenang?' tanya suami ana semasa menikmati pemandangan dari atas titian di Tree Top Walk cuba menguji isterinya.

Ana tersenyum mendengar soalan itu. Nasib la sebelum ni pernah ana mendengar tentang soalan seperti itu,

'Sebab alam semulajadi sentiasa berzikir kepada Allah. Sebab tu kita rasa tenang bila berada dekat dengan alam semulajadi.' Jawab ana sambil tersenyum menunggu respon si dia.

'Pandainya isteri abang!'Pujinya menghiburkan hatiku.

'Bunyi deruan air sungai, burung-burung berkicauan tu adalah bunyi mereka berzikir kepada Allah cuma kita sahaja yang tidak faham. Alam semulajadi ni semuanya taat pada perintah Allah. Tak pernah mengingkari perintahNya. Cuba sayang tengok air sungai tu, semuanya mengalir dengan satu arah walaupun ada banyak halangan seperti batu dan pokok-pokok, mereka tetap mengalir ke arah yang sama. Begitu juga dengan pokok-pokok disekeliling kita ni. Semuanya tumbuh tegak ke atas mengikut cahaya matahari. Tak ada satu pun yang mengingkari perintahNya.' Tambah suamiku sambil memerhatikan air sungai yang mengalir dan pokok-pokok yang menghijau.

Ana diam dan cuba menghayati setiap kata-katanya. Benar sekali! Selama ini ana tak perasan pun.

'Cuma manusia sahaja yang suka mengingkari perintah Allah. Tak taat seperti ciptaan-ciptaan Allah yang lain' kata suamiku lagi.

Ana berkerut memikirkan kata-katanya. Tidak faham.

'Maksud abang?' tanyaku meminta penjelasan.

'Yela, manusia sahaja yang suka melawan perintah Allah. Contohnya, Allah suruh tutup aurat, tak nak tutup. Allah suruh solat, tak solat. Kan tu tandanya kita tidak taat dengan perintah Allah.' terang nya dengan tenang.

Lama ana diam. Menginsafi diri sendiri. Terasa ada cecair jenih bertakung dimata. MasyaAllah! Sungguh kita tidak bersyukur dan berani sekali melawan perintah Yang Maha Pencipta.





No comments:

Post a Comment