Friday, August 30, 2013

Pengalaman bersalin..... (part 2)

Assalamualaikum........

Alhamdulillah, sudah hampir sebulan pengalaman ini berlalu. Anak kami sudah pun hampir sebulan umurnya...
Kami telah namakan putera kami dengan nama seorang lelaki yang pernah hidup dizaman Rasulullah namun tidak pernah berjumpa dengan baginda iaitu MUHAMMAD UWAIS AL QARNI BIN MUHAMMAD SHARIZAL. Uwais al Qarni adalah seorang lelaki yang sangat taat kepada ibunya dan sangat mencintai baginda Rasulullah. Dengan harapan putera kami juga memiliki sifat beliau, kami telah menamakan putera kami dengan nama beliau. Uwais bermaksud pemberian manakala al qarni adalah panggilan atau gelaran untuk beliau sempena nama suatu tempat.

Entry kali ini adalah untuk menyambung entry ana yang lalu tentang pengalaman ana melahirkan uwais.

30 Julai 2013:

Pada hari tersebut, pagi-pagi lagi nurse telah meminta ana untuk mandi kerana katanya doktor akan datang pada jam 6.30 pagi untuk memasukkan ubat ke dalam rahim ana. Usai solat subuh, ana membersihkan diri dan menyiapkan diri fizaikal dan mental untuk dimasukkan ubat. Ana berdoa semoga ianya tidak sakit.

Ana menuggu kehadiran doktor di katil. 7.30 pagi barulah doktor datang dan ana bersama 3 orang yang lain diminta ke bilik pemeriksaan. Ana memilih untuk jadi orang terakhir yang memasuki bilik tersebut. Setibanya giliran ana, ana menarik nafas dalam sambil berdoa semoga ianya tidak sakit dan berharap doktor perempuan yang melakukannya. Alhamdulillah, doktor perempuan yang melakukan prosedur tersebut. Prosesnya agak sakit tapi ana masih mampu bertahan. Setelah selesai, ana dibawa balik ke wad oleh nurse menggunakan kerusi roda dan ana tidak dibenarkan bangun dari sama ada berdiri atau duduk selama 3 jam selepas ubat tersebut dimasukkan kerana khuatir kesan ubat tersebut hilang.

Masuk tengah hari, ana masih belum merasa apa-apa. Masih tidak ada rasa sakit atau tanda-tanda nak bersalin. Tengahari itu, denyutan jantung bayi terus dipantau. Alhamdulillah, denyutan baby dalam keadaan baik. Namun, ana masih belum rasa sakit. Pada jam 2.30 ptg, nurse datang memanggil ana umtuk memasukkan dos ke 2 kerana ana masih belum ada tanda-tanda nak bersalin. Setelah doktor memasukkan dos ke 2, sekembalinya ana ke katil, ana berasa sakit pada rahim. Memulas-mulas. Ana mula berfikir, inikah contraction. Sakit itu datang tiba-tiba dan datang 4 minit sekali. 

Sakit itu semakin kuat, pada jam 8.30 malam, doktor memeriksa laluan dan bukaan masih 2 cm. Semakin lama ana makin sakit. 

31 Julai 2013:

Ana tidak boleh tidur. Lebih kurang jam 1 pagi, nurse yang bertugas perasan yang ana dalam kesakitan. Beliau meminta ana ke bilik pemeriksaan sekali lagi untuk memeriksa laluan. Alhamdulillah, laluan telah terbuka 4 cm. Ana sudah boleh dibawa ke labour room. Nurse meminta ana menghubungi zauj dan keluarga. Dan mengambil kelengkapan bayi untuk dibawa ke labour room.

Di labour room, ana diminta untuk menukar pakaian lain. Setelah itu, air ketuban ana di pecahkan dan doktor turut membuang air kencing dari pundi kencing menggunakan tube. Denyut jantung bayi terus dipantau. Sakit yang datang semakn teruk. Sampaikan ana menangis sendiri. Alhamdulillah nurse yang bertugas sangat baik. Beliau menawarkan ana selimut dan selimutkan ana kerana keadaan di labour room tersebut sangat sejuk. Beliau turut menawarkan ubat tahan sakit kerana ana kelihatan sangat sakit. Ubat tersebut di cucuk dan ana berasa sangat mengantuk. Namun semasa sakit itu datang ana tersedar dan menarik nafas dalam menahan sakit dan mengantuk kembali.

Pada jam 3 pagi ana tidak boleh tahan lagi sakit yang ana hadapi. Ana merayu kepada nurse supaya memerksa laluan dan bukaan hanya baru 6 cm. Ana perlu terus menahan sakit sehingga bukaan cukup 10 cm. Pada jam 6.30 pagi, ana betul-betul tidak tahan dan rasa ingin membuang besar dan meneran. Ana merayu sekali lagi kepada nurse untuk memeriksa laluan. Nurse meminta ana menuggu doktor memeriksa laluan pada jam 7.45 pagi. Namun ana sudah tidak sanggup menunggu. Ana terus merayu dan akhirnya Nurse tersebut menurut kerana kesiankan ana yang kesakitan. Pada waktu itu bukaan sudah 9 1/2 cm. Katanya ana masih tidak boleh meneran kerana bukaan perlu cukup 10 cm, kalau ana meneran sekarang mungkin ana akan terkoyak teruk. Ana terus menahan. Pada jam 7 pagi, doktor datang ketempat ana untuk mengambil barang dan kerana melihat keadaan ana, beliau bertanya sama ada ana sudah tidak tahan dan ingin buang air besar.

Setelah itu beliau terus memeriksa laluan dan beliau mngatakan bahawa ana sudah boleh meneran. Nurse terus membuat persiapan bersalin dan ana telah diminta untuk meneran. Setelah hampir sejam ana berhempas pulas, bertarung untuk mengeluarkan bayi dari rahim ana, Alhamdulillah, pada jam 7.55  pagi, kedengaran suara bayi menangis. Seorang bayi lelaki telah selamat dilahirkan dan anak ana terus diletakkan di atas perut ana. Waktu itu ana menangis kerana bersyukur. Benarlah seperti yang dikatakan, hilang segala sakit setelah melihat anak kita sendiri. 

Setelah anak ana dibersihkan dan diberikan kepada abinya untuk di azan dan iqamat, anak ana dibawa kepada ana untuk disusukan untuk kali pertama. Dengan bantuan nurse, ana berjaya menyusukan anak ana dengan baik. Kagum kerana bayi yang baru sahaja lahir ini sudah pandai menghisap susu. Sekali lagi ana menangis. Setelah selesai dijahit ana dibawa kembali ke wad. Dalam perjalanan, zauj dan keluarga sudah menunggu di luar...Terasa ingin menangis dan memeluk zauj sekuat nya saat melihat zauj. Zauj memegang tangan ana dan mengucapkan tahnia. Terharu sangat. 

Inilah Uwais Al Qarni buah hati abi wa ummi....







1 comment:

  1. Best 777 casino-resort-on-tahoe-in-us in Nevada
    The 777 casino is located on the 광명 출장마사지 Las Vegas Strip and is owned by Boyd Gaming 남양주 출장마사지 Corporation. The casino is a part 세종특별자치 출장샵 of MGM Resorts 공주 출장샵 International, 수원 출장샵

    ReplyDelete