Wednesday, August 21, 2013

Pengalaman bersalin... ( part 1)

Assalamualaikum............

Pada 29hb Julai 2013:

Ana ada temu janji dengan doktor pakar di Hospital Taiping. Ana ke sana ditemani oleh zauj dan juga mak mertua ana. Lebih kurang 3 jam kami menunggu sebelum dapat berjumpa dengan doktor tersebut. Suami ana juga turut sama masuk ke dalam bilik doktor tersebut. 

Kandungan ana di scan untuk memastikan keadaan kandungan ana. Pada waktu tersebut kandungan ana sudah masuk 38 minggu. Semasa di scan, doktor turut menerangkan kepada kami tentang keadaan ana dan kandungan. Mengikut doktor, kuantiti air ketuban ana adalah kurang. Beliau menyarankan ana di 'induce'. Beliau juga bagitau bahawa ana perlu di tahan di wad sehingga ana bersalin. Ana diminta untuk terus ke wad setelah berjumpa doktor tersebut. Masa tu Allah je yg tahu perasaan ana. Tak sangka akan di 'induce'. Dan akan di tahan wad pada hari tersebut. Dan kemungkinan ana akan bersalin keesokkan harinya. Masa tu rasa nak nangis pun ada sebab apa yang berlaku terlalu cepat dan ana rasa ana belum bersedia fizikal dan mental untuk bersalin.

Alhamdulillah zauj ana masuk ke bilik doktor tersebut. Ana pegang kuat tangan zauj. Zauj juga sama. Ana tahu dia cuba menenangkan isterinya. Zauj meminta untuk pulang dahulu dan daftar ke wad pada petang itu supaya kami sempat menyediakan kelengkapan ana dan baby yang perlu dibawa ke hospital.

Keluar dari bilik doktor,  mak mertua ana terus bertanya apa yang berlaku. Pada mulanya beliau tidak percaya ana akan ditahan wad pada petang itu juga. Namun setelah ana terangkan apa yang doktor bagitau dan tunjuk padanya surat arahan masuk wad, barulah beliau percaya.

Petang itu, ana berdaftar di wad bersalin. Waktu itu agak lewat kerana kami sampai ke hospital hampir-hampir waktu berbuka. Zauj dan mak mertua ana tidak dibenarkan menghantar ana ke wad. Hanya nurse yang menghantar ana ke wad. Sedih sewaktu berpisah dengan zauj dan mak mertua ana masa tu.

Sampai di wad, ana dihantar ke katil yang disediakan. Katil no. 27. Ana tidak terlalu kekok berada di wad kerana sudah biasa masuk wad. Nurse memberikan ana sepasang baju pink. Baju yang perlu dipakai oleh setiap pesakit. Setelah ana menyalin pakaian, ana berbuka puasa dengan hanya sebiji kurma dan minum teh. Setelah itu ana terus solat maghrib. Selesai sahaja solat maghrib, semasa ana berjalan pulang ke wad dari surau, ana ditahan oleh seorang doktor india. Beliau meminta ana ke sebuah bilik. Diluar bilik tersebut tertulis 'BILIK PEMERIKSAAN'. Kata doktor tersebut, beliau nak buat VE iaitu check laluan. Ana teringat balik apa yang pernah ana baca dari blog2 tentang pengalaman bersalin. Ada yang kata sakit, ada yang kata tak. Ana fikir VE ni sama saja dengan waktu ana kena waktu ana keguguran dulu. So, ia membuatkan ana lebih bertenang. Tapi, hakikatnya, ianya berlainan. Agak sakit. Doktor india tersebut kata bukaan laluan ana dah 2 cm. Owh!!! itulah respon ana. Tak sangka dah ada bukaan walupun sikit.

Setelah selesai diperiksa, ana pulang ke wad. Belum lagi sampai ke katil, ana sudah diminta ke sebuah katil di hujung wad untuk memeriksa jantung baby. Ana terus ke katil tersebut dan menunda dahulu niat untuk mengisi perut yang sudah mula berbunyi. Kejap je kot....fikir ana sambil berjalan ke katil tersebut. Ana di minta bebaring telentang dan nurse memasang alat tersebut di perut ana. Tunggu punya tunggu. Bila la nak selesai....Punya la lama rupanya. Alahai. Perut mula berkeroncong, dan belakang mula lenguh. Ana dah lama tak baring terlentang semenjak baby semakin membesar sebab terasa lenguh d belakang.

Setelah selesai memeriksa jantung baby, barulah ana berpeluang ke katil dan menikmati makanan yang telah dibeli oleh zauj dan mak mertua ana petang tadi untuk ana berbuka puasa. Masa tengah makan, sempat lagi doktor india tadi datang dan meminta 2 minit dari ana untuk mengambil darah ana. Ana dah agak dah.. kalau kat wad memang selalu ada ganguan. Malam tersebut, ana sempat menunaikan solat terawikh terakhir ana pada Ramadhan kali ini dan hari itu adalah hari terakhir ana berpuasa...

Akan bersambung..... =)

No comments:

Post a Comment